Kebanyakan pasar raya pasti ada menjual roti canai frozen yang boleh memudahkan urusan ibu bapa dalam menyediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga.
Meskipun roti canai sejuk beku boleh menjimatkan masa, namun kadangkala rasanya tidak sama dengan yang baru dimasak.
Untuk pengetahuan anda, rupanya ada tips memanaskan roti canai frozen supaya rasanya sama seperti roti canai fresh.
Teknik tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang bernama Abang Terbang. Dia telah menunjukkan cara yang betul panaskan roti canai sejuk beku supaya lembut elok dan tak keras.
Baca juga: Roti Canai Tempat Kedua Dari 50 ‘Street Food’ Tersedap Di Dunia, Menurut Kajian
Berikut merupakan perkongsian olehnya:
Cara-caranya:
“Abang nak tunjukkan cara masak roti canai frozen yang paling famous mak-mak buat sepanjang menyediakan sarapan untuk anak sekolah.
Biasanya terus letak atas kuali dengan minyak. Tapi ini cara yang sebetulnya. Seeloknya nak mengekalkan roti yang lembut, rendam roti canai di dalam air kemudian letak atas pan atau kuali.
Kalau terus masak dengan minyak, roti akan menjadi terlalu garing seperti biskut. Jika rendam dengan air, roti akan kekal lembut. Bila dah lembut, letak sedikit minyak.”
Lihat video penuh di pautan ini.
Kredit: Facebook Abang Terbang
Baca juga: Buat Sendiri Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…