Categories: Tips & Petua

Cara Panaskan Nasi Sejuk, Berderai Elok & Lembut Macam Baru Masak!

Tak ramai yang tahu cara panaskan nasi sejuk dengan betul. Jika salah cara, nasi akan menjadi kering dan tidak sedap untuk dimakan.

Selepas ini, jika ada lebihan nasi yang tidak habis, panaskan saja mengikut cara yang dikongsikan oleh Izz Ekin di bawah.

Jika menggunakan cara ini, nasi sejuk dijamin akan menjadi lembut dan berderai elok macam baru ditanak. Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Supaya Nasi Lambat Basi, Hanya Letak Satu ‘Bahan’ Ini Semasa Ditanak

CARA PANASKAN NASI SEJUK SUPAYA LEMBUT ELOK

“Pernah  ternampak pasal nasi cuci ini. Kebetulan 2 hari lepas masak nasi terlebih, simpan peti ais.

Musim panas ni makan nasi pun kurang. Selalu nasi sejuk saya kukus, tapi hari ini saya cuba cuci nasi itu, kemudidian masuk rice cooker. 

Hasilnya, nasi berderai cantik dan lembut macam nasi baru masak. Terima kasih pada yang berkongsi ilmu. “

Cara-caranya:

1. Cuci nasi sejuk seperti basuh beras.

2. Kemudian buang semua air dan masak nasi macam biasa di dalam periuk nasi.

3. Hasilnya, nasi elok berderai dan lembut elok sama seperti baru dimasak. Selamat mencuba!

Sumber: Izz Ekin

Baca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!

Baca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

13 mins ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

13 mins ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

18 mins ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

24 mins ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

1 hour ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

3 hours ago