PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-29 09:21:58
Bila bercakap tentang Kek Cheese Leleh ini, pasti ramai teringatkan sos cheese lelehnya yang sedap. Namun, pasti ramai tidak pernah mencuba membuatnya sendiri kerana bimbang ianya tak 'menjadi. Jangan risau, apa kata korang cuba resepi dari Shafiqah Muhamad. Rasanya confirm sedap macam di bakeri. Nampak macam mudah je!
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk cream cheese
- 2 kotak whipping cream
- 2 tin susu cair/segar
- 6 sudu besa susu pekat (optional)
Cara-caranya:
- Mula-mula, masukkan cream cheese ke dalam bekas adun bersama susu pekat.
- Selepas itu, adukkan kedua-dua bahan menggunakan mixer sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan whipping cream dan teruskan mengaduk sehingga ia kembang dan pekat.
- Masukkan susu cair/segar dan adukkan sehingga sebati. Pastikan ia menjadi lemak berkrim dan kemudian tuangkan ke atas kek.
- Kalau rasa nak leleh lagi, tambahkan lagi susu cair/segar.
- Letakkan juga cheese parut apa-apa jenama mengikut citarasa masing-masing.
Dah siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!