Tidak dinafikan, agak sedikit susah untuk memilih kerang segar kerana isinya ditutup dengan cengkerangnya yang keras.
Kadang-kadang apabila terbeli kerang yang sudah busuk, memang auto potong selera. Akhirnya, kerang dibuang begitu saja. Membazir bukan?
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan 3 tips berguna untuk anda praktikkan semasa sedang membeli hidupan laut ini di pasar raya. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tip Pilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli
1. Cengkerang
Semasa sedang membeli kerang, pilih kerang yang mempunyai cengkerang yang masih ‘ternganga’. Ia bermakna makanan laut tersebut masih hidup, berbeza dengan cengkerang yang tertutup.
2. Isi
Jika mahu membeli kerang yang sudah siap dikopek, selain dari memilih isi yang gemuk, jangan lupa memilih daging yang elok kenyal dan kelihatan padat.
3. Bau
Walaupun makanan laut ini pada asalnya memang berbau, tapi jika ia sudah tidak segar lagi, baunya akan menjadi hanyir dan busuk.
Tips selepas beli kerang:
Justeru itu, jangan lupa amalkan tips di atas semasa sedang membeli kerang ya. Barulah rasa segar dan tak potong stim bila makan!
Sumber: Sinaran Wanita
Baca juga: Tips Pilih Cendawan Enoki ‘Fresh’, Elak Beli Yang Ada Ciri-Ciri Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…