cara membuat sup ayam

Kalau anda tengah mencari cara membuat sup ayam yang sedap, beraroma dan tak renyah, resipi Sup Ayam Hainan ini memang pilihan terbaik untuk dimasak di rumah. Kuahnya ringan tapi penuh rasa, dengan aroma halia yang wangi serta bawang putih goreng rangup sebagai pelengkap yang buat setiap suapan jadi lebih “kick”.

Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian TikTok TikTok @dianariza31, yang terkenal dengan sup ayam Hainan versi rumah yang simple tapi rasa macam makan di kedai.

Sesuai sangat dimasak bila cuaca sejuk, atau bila anda nak hidangan berkuah yang tak berat tapi tetap mengenyangkan.

Baca juga: Cara Buang Lemak Daging Dalam Sup, Guna Senduk Saja Hilang Sekelip Mata!

CARA MEMBUAT SUP AYAM HAINAN

cara membuat sup ayam

Bahan-bahan:

  • 400g paha ayam fillet
  • 1 liter air
  • 2 inci halia (dititik)
  • 3 ulas bawang putih (dititik)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang daun bawang
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar minyak bijan

Bahan topping:

  • 4 ulas bawang putih (dicincang dan digoreng hingga keemasan)

Cara-cara penyediaan:

1. Goreng bawang putih untuk topping rangup

Goreng bawang putih cincang hingga keemasan. Angkat dan ketepikan untuk dijadikan topping nanti.

2. Tumis ayam bagi naik aroma

Guna sedikit minyak lebihan gorengan bawang putih untuk menumis ayam. Masak sekejap hingga ayam bertukar warna dan naik bau harum.

3. Masukkan air dan bahan aromatik

Tuangkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang besar dan daun bawang. Biarkan mendidih supaya semua aroma sebati dalam kuah.

4. Perasakan sup

Masukkan garam, lada hitam, serbuk perasa, kicap masin dan minyak bijan. Kacau hingga sebati supaya rasa lebih seimbang dan kaya.

5. Reneh hingga ayam lembut

Biarkan sup mendidih dan reneh lebih kurang 15 minit. Lagi lama direneh, lagi padu rasa kuahnya.

6. Siap untuk dihidang

Tuangkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan bawang putih goreng di atasnya. Hidang panas-panas untuk rasa paling sedap.

Tip Sup Ayam Hainan Lebih Sedap

Kalau nak cara membuat sup ayam ini jadi lebih “level kedai”, boleh cuba tip berikut:

  • Gunakan minyak bijan untuk aroma lebih wangi dan autentik
  • Reneh lebih lama untuk kuah lebih berperisa
  • Tambah sayur seperti sawi, kobis atau cendawan
  • Sedap dimakan dengan nasi putih panas dan sambal pedas

Resipi ini membuktikan bahawa cara membuat sup ayam tidak perlu rumit untuk hasil yang sedap. Dengan bahan asas dapur dan langkah yang ringkas, anda boleh hasilkan Sup Ayam Hainan yang wangi, gurih dan menyelerakan — memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Sumber: dianariza31

Baca juga: Cara Buat Soto Pekat & Kaw Ala Soto Madura, Resipi Lama Chef Wan Yang Tak Ramai Tahu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN