Categories: Resipi

Cara Membuat Roti Canai Dengan 5 Bahan Mudah, Kekal Lembut Walaupun Dah Sejuk!

Roti Canai bukan setakat makan untuk sarapan, malah tengah hari atau malam pun boleh. Nak belajar buat sendiri, bolehlah ikut cara membuat Roti Canai yang kami kongsikan ini.

Tak dinafikan ramai yang suka makan Roti Canai lembut di dalam dan rangup di luar. Cukup ada bahan asasnya saja, anda boleh hasilkan Roti Canai yang sedap di rumah.

Noraihan Sukri telah kongsikan cara membuat Roti Canai di Facebook yang sangat mudah dengan menggunakan 5 bahan saja dan hasilnya lembut walaupun sudah sejuk. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Orang Dulu-Dulu Buat Roti Canai, Guna Dulang Di Rumah Saja

CARA MEMBUAT ROTI CANAI

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung
  • ½ sudu makan garam
  • 1 sudu makan susu pekat
  • ½ sudu makan marjerin
  • 250ml air sejuk (air daripada peti sejuk saja)

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, campur semua bahan dalam satu bekas.
  2. Selepas itu, uli sampai lembut dan doh tak melekat pada tangan.
  3. Kemudian, rehatkan selama 30 minit (rehatkan di luar saja, bukan dalam peti sejuk).
  4. Seterusnya, uli sekali lagi.
  5. Setelah siap, bulatkan ikut suka (bentukkan sampai cantik).
  6. Selepas itu, tempekkan dengan marjerin.
  7. Kemudian, rendam dalam minyak dan perap dalam 3 hingga 4 jam.
  8. Akhir sekali, boleh tebar dan goreng dalam kuali.

Selamat mencuba!

Sumber: Noraihan Sukri

Baca juga: Resepi Roti Canai Lembut Tanpa Telur, Guna Teknik Ini Pasti Kurang Berminyak

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

14 hours ago