PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-25 04:27:18

Rakyat Malaysia sememangnya sangat suka memulakan juadah harian mereka dengan menu Nasi Lemak. Bagi yang suka memasaknya sendiri di rumah, biasanya mereka akan menggunakan periuk nasi. Apa kata kali ini korang cuba pula dengan cara kukus. Kalau korang nak tahu, sebenarnya nasi lemak kukus ini rasanya lebih enak! Jom kita ikuti perkongsian daripada Nina Salleh ini.


Kredit: Nina Salleh
 

Bahan-bahan:

  • Tiga cawan beras
  • 200ml santan kotak
  • Air sekotak
  • 3 helai daun pandan
  • Halia (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar minyak masak

 

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, campurkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.


    Kredit: Nina Salleh
     

  2. Kemudian, tuangkan bahan yang sudah dikacau tadi ke dalam kuali.


    Kredit: Nina Salleh
     

  3. Panaskan kuali dan tunggu sehingga kesemua tadi mula kering.


    Kredit: Nina Salleh
     

  4. Setelah bahan-bahan tadi kering, masukkan ke dalam pengukus dan kukuskan selama 30 ke 45 minit atau sehingga masak.


    Kredit: Nina Salleh
     

Dah siap! Mudah saja kan? Sedap dihidang dengan sambal, ikan bilis dan ayam berempah. Selamat mencuba!


Kredit: Nina Salleh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN