PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-12 23:16:50
Memandangkan cuaca di negara kita kini agak panas, ini yang akan menyebabkan kita cepat haus. Jadi, sudah pasti orang ramai ingin melegakan tekak dengan sesuatu yang sejuk. Contohnya seperti cendol, fuhhh kalau dapat waktu panas-panas ini mesti nikmat tak terkata! Namun, disebabkan COVID-19 ini masih lagi berleluasa, kebanyakan gerai cendol tidak beroperasi sebagai langkah berjaga-jaga.
Jangan risau, anda masih boleh cuba membuat cendol di rumah sendiri dengan cara yang lebih mudah. Tidak perlu menggunakan mesin parut ais kerana anda cuma perlu bekukan sahaja santan dan susu! Oleh itu, jom ikuti perkongsian resipi daripada Rena Masni Hamdan dari laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 paket kecil santan kelapa sawit
¼ tin susu cair
1 paket susu cair
1 sudu kecil garam halus
2 sudu jagung cream dalam tin
Air gula
Cara-cara:
Bancuh santan dan susu cair bersama 1 liter air masak dan garam. Kemudian, kacaukan hingga sebati.
Simpan santan sehingga tahap sejuk bekunya menampakkan seperti ais kristal. Elakkan santan menjadi terlalu beku kerana ia akan mengambil masa untuk pecahkan ais itu semula.
Setelah ais sudah cukup dibekukan, campurkan bersama bahan-bahan cendol lain dalam bekas dan adukkan.
Siap! Resipi ini sememangnya sangat mudah dan cepat! Boleh dimakan sambil menonton televisyen waktu petang bersama keluarga. Selamat mencuba!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…