Categories: Tips & Petua

CARA | Bersihkan Ikan Keli

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-12 08:23:53

Tahukah anda? Ikan keli adalah ikan yang banyak terdapat di negara-negara Asean sahaja termasuklah negara kita. Bagi penggemar ikan keli, pasti anda inginkan keenakan rasanya ketika dimakan. Namun, penting untuk kita memastikan ikan ini dibersihkan dengan cara yang betul sebelum dimasak supaya tiada rasa hanyir ketika dimakan. Oleh itu, jom kita ikuti cara-cara yang betul membersihkan ikan keli ini.

Cara-cara:

  1. Potong duri ikan keli yang terletak di bahagian sirip kiri dan kanannya. Jangan lupa untuk memotong ekornya sekali.
  2. Potongkan muncung ikan tersebut untuk membuang sesungut dan mulutnya.
  3. Kemudian, belah perut ikan keli ini secara menegak dari garisan bawah mulut ke salur najisnya.
  4. Buang segala organ dalaman ikan keli sebersih mungkin
  5. Tekan bahagian belakang untuk membuang darah beku yang hanyir.
  6. Kemudian, sapukan tepung gandum ke seluruh  badan ikan dan biarkan selama 10 ke 15 minit untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini.
  7. Selepas itu, bilas air hingga bersih.

Siap untuk dimasak! Macam-macam lauk boleh dimasak dengan ikan keli ini. Sesuai untuk hidangan tengahari untuk dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!

myresipi

Recent Posts

Tauhu Telur Nestum Butter Dengan Gabungan Rasa Lemak & Pedas, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…

2 hours ago

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

4 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

5 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

5 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

6 hours ago