Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari atau malam. Sup telur ini menggabungkan tofu, telur dan pelbagai jenis sayur yang menjadikan hidangan lebih berwarna-warni serta menyelerakan.

Sup ini paling sedap jika dinikmati ketika masih panas. Kuahnya yang sedikit pekat dengan telur berjurai dan tofu yang lembut memberikan tekstur berbeza dalam setiap suapan. Tambahan minyak bijan pula menaikkan aroma sup supaya lebih harum.

Kalau mahukan hidangan yang mengenyangkan, boleh juga nikmati sup ini bersama semangkuk nasi putih. Cara penyediaannya tidak rumit dan anda boleh menggunakan apa sahaja sayur-sayuran yang ada di rumah.

Baca juga: Resipi Sambal Telur Berlada, Lauk Bajet Tengah Bulan Yang Buat Makan Nasi Lagi Berselera!

RESEPI EGG DROP SOUP TOFU

resepi egg drop soup

Bahan-bahan:

  • Tofu telur
  • Tepung jagung
  • 3 biji telur
  • Brokoli
  • Cendawan
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Bawang
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Lada putih secukup rasa
  • Minyak bijan secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong tofu telur kepada kepingan mengikut saiz yang diingini. Gaulkan dengan tepung jagung hingga rata.
  2. Panggang tofu di atas kuali atau pan sehingga bahagian luarnya sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah sup.
  4. Masukkan brokoli, cendawan, lobak merah dan tomato. Biarkan sayur masak sehingga kuah mendidih.
  5. Perasakan sup dengan garam, lada hitam dan lada putih mengikut cita rasa.
  6. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuangkan ke dalam sup sambil dikacau supaya kuah menjadi sedikit pekat.
  7. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Tuangkan telur perlahan-lahan ke dalam sup.
  8. Biarkan selama kira-kira 10 saat sebelum dikacau perlahan-lahan supaya telur membentuk jalur-jalur halus dalam kuah.
  9. Akhir sekali, masukkan tofu yang telah dipanggang dan titiskan minyak bijan secukupnya. Kacau perlahan, kemudian tutup api.
  10. Siap untuk dihidangkan! Nikmati egg drop soup tofu ketika masih panas bersama nasi putih untuk hidangan makan malam yang lebih mengenyangkan.

Sumber: Syaz Jannah

Baca juga: Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending