Rupanya tak susah mana cara masak nasi kukus. Tidak dinafikan, nasi kukus ini lebih enak kerana teksturnya yang gebu, lembut dan berderai elok.
Lebih sedap jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah dan sambal. Nasi kukus ini banyak dijual dan mudah didapati di mana-mana kedai makan.
Tetapi tidak ada salahnya jika ada yang mahu cuba buat sendiri di rumah. Bagi yang berminat, bolehlah ikuti perkongsian oleh Yatie Tie di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Panaskan Nasi Sejuk, Berderai Elok & Lembut Macam Baru Masak!
CARA MASAK NASI KUKUS
Bahan-bahan:
- Beras
- Air
- Bekas (seperti dalam gambar)
Cara-cara:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL
Bahan-bahan:
- Cili merah
- Cili padi
- Air asam jawa
- Belacan
- Garam secukup rasa
- Perasa (jika suka)
- Limau nipis @ limau kasturi
Cara-cara:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Yatie Tie
Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas, Makan Dengan Ayam Masak Merah Memang ‘Umphh!’