cara masak mi goreng

Jom MyResipi kongsikan cara masak mi goreng basah yang tak serap kuah dan tak jadi kembang. Walaupun dimasak malam, esok pagi pun mi masih likat dan berkuah.

Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Riana Tee. Menurut beliau, resipi ini telah dipelajari dari jirannya. Memang tak rugi belajar, bila mengidam nak makan mi goreng, boleh masak sendiri saja.

Mi tetap basah dan berkuah bukan sebab air banyak, tetapi kerana sos cili, sos tomato dan sos tiram digunakan dengan cukup. Jom baca resipi lengkap di bawah untuk cara penyediaan yang penuh.

Baca juga: Resipi Popia Basah Homemade Penuh Inti, Sos Pedas Manis Memang Padu!

CARA MASAK MI GORENG BASAH SUPAYA TAK SERAP KUAH & TAK KEMBANG

cara masak mi goreng

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kuning (rendam dan tos)
  • 3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 sudu cili giling
  • Secubit asam jawa
  • Sotong, bebola ikan, daging (hiris mengikut citarasa)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 5 sudu sos tiram
  • Kicap manis secukupnya
  • Sayur pilihan (sawi, kobis, togeh, etc.)
  • Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
  • Limau nipis dan timun batang untuk pelengkap

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah kisar sehingga kekuningan. Masukkan cili giling dan asam jawa, tumis lagi sehingga naik bau harum dan cili masak sepenuhnya.
  2. Masukkan semua sos (cili, tomato, tiram) dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sesuku cawan air, kemudian masukkan sotong, bebola ikan dan daging. Tumis sehingga semua bahan masak sempurna. Ingat, air jangan banyak sangat supaya mee tak kembang.
  3. Masukkan tomato, bawang besar dan sayur pilihan. Pastikan air masih sikit untuk memastikan mee kekal basah dan berkuah. Rahsianya adalah sos, bukan air. Jangan kedekut sos ya!
  4. Masukkan mee kuning dan kacau rata bersama kicap serta serbuk perasa (jika mahu). Dekat nak siap, boleh masukkan togeh segenggam. Gaul sehingga sebati dan padamkan api. Rasakan dulu sebelum tambah garam atau gula, kerana sos dan kicap sudah cukup masin & manis.
  5. Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Perahkan limau nipis sebelum makan. Untuk lebih sedap, boleh tambah timun batang atau lada jeruk sebagai pelengkap.

Tips:

  • Air sedikit sahaja, sebab kuah datang daripada sos cili, tomato dan tiram.
  • Jangan kedekut sos, ini rahsia mee basah kekal likat dan berkuah.
  • Masak dengan api sederhana supaya mee tak cepat kering.
  • Jika nak mee tahan lama basah, boleh simpan sejuk semalaman, esok tetap sedap dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Riana Tee

Baca juga: Resipi Sosej Telur Masak Sos, Menu ‘Penyelamat’ Tengah Bulan Yang Murah Tapi Lazat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN