resepi popia basah

Resepi popia basah ini sangat sesuai untuk anda yang teringin buat sendiri di rumah. Kulit lembut, inti sayur rangup berjus dan sos pekat pedas manis yang melimpah atasnya.

Kalau selama ini beli sahaja di luar, apa kata cuba sendiri resepi popia basah homemade ini. Rupanya tak susah pun, malah lebih puas hati sebab boleh letak inti banyak-banyak.

Yang penting, resepi popia basah ini lengkap dari cara buat kulit sampai sos dan bahan tabur. Sekali buat, dijamin satu keluarga makan berebut!

Baca juga: Resipi Popia Goreng Cheese Yang Rangup Leleh Bila Makan, Yang Pasti Tak Berminyak!

RESEPI POPIA BASAH

resepi popia basah

Bahan-bahan kulit popia basah:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telur
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu besar cuka
  • Secubit garam

Cara membuat kulit popia:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Boleh guna tangan atau sudu.
  2. Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air.
  3. Tutup dan perap selama 30 minit.
  4. Selepas 30 minit, panaskan kuali non-stick. Ambil sejemput adunan dan lenserkan nipis di atas kuali.
  5. Biarkan seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi.
  6. Ulang proses sehingga habis. Kulit popia boleh disusun bertindih kerana ia tidak melekat.

Bahan sos popia:

  • 12–14 cili kering (buang biji, basuh dan toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Minyak untuk menumis

Cara membuat sos:

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering yang telah direbus dan dikisar, masak hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak hingga sos pekat dengan api sederhana.
  5. Tambahkan garam secukup rasa.

Bahan inti popia:

  • Sengkuang jika suka (hiris nipis memanjang)
  • Tauge (bersihkan)
  • 1/2 biji kubis (racik halus)
  • 1 batang carrot (hiris memanjang)
  • Segenggam udang, potong kepala dan ekor (racik halus)
  • 1/2 biji bawang besar (potong halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Udang kering (tumbuk halus)
  • Garam dan minyak untuk menumis

Cara membuat inti popia:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang segar, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan kubis dan carrot, kacau hingga layu.
  3. Masukkan taugeh, sengkuang, udang kering tumbuk dan garam secukup rasa. Masak sekejap sahaja supaya sayur kekal rangup.

Bahan tabur:

  • Kacang tanah disangai tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk halus
  • Udang geragau kering (disangai dan tumbuk halus)
  • Bawang goreng

Cara menyediakan popia basah:

  1. Sediakan kulit popia yang telah siap.
  2. Sapukan sedikit sos di atas kulit.
  3. Masukkan inti popia dan gulung kemas. Ulang sehingga habis.
  4. Curahkan sos di atas popia dan taburkan bahan tabur seperti kacang tanah, udang geragau dan bawang goreng.
  5. Popia basah sedia untuk dihidangkan.

Sumber: My Lovely Kitchen

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Confirm Jadi, Ini Rahsia Kekal Rangup Sampai Malam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN