udang kam heong

Jika anda tercari-cari menu udang yang lain daripada biasa, apa kata cuba Udang Kam Heong? Resipi ini cukup terkenal di restoran makanan laut dan masakan Cina Malaysia.

Gabungan aroma daun kari, serbuk kari dan sos-sos istimewa menjadikan hidangan ini wangi semerbak, pedas manis dan sangat sesuai dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Dalam video oleh a pinch of salt by sara di YouTube, resipi Udang Kam Heong ini ditunjukkan dengan cara mudah diikuti dan hasilnya sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!

RESIPI UDANG KAM HEONG

udang kam heong

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Gaul udang dengan serbuk kunyit, serbuk lada putih, lada hitam, garam dan 1 sudu besar tepung jagung, kemudian perap lebih kurang 15 hingga 20 minit.

2. Sementara itu, cuci dan rendam 2 sudu besar udang kering, tumbuk sedikit dan ketepikan.

3. Campurkan 1½ sudu besar serbuk kari, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos kicap manis dan 1 sudu besar kicap pekat.

4. Masukkan air rendaman udang kering tadi, gaul sebati dan ketepikan.

5. Masukkan minyak ke dalam kuali dan goreng udang sampai 80% masak, angkat dan toskan.

6. Gunakan sedikit minyak goreng udang tadi dan tumis udang kering sampai wangi.

7. Masukkan 5 ulas bawang putih yang sudah dicincang dan goreng sampai keemasan.

8. Masukkan 10 bawang merah kecil yang sudah dihiris dan tumis sampai naik bau.

9. Masukkan 8 hingga 10 cili padi merah dan tumis lagi.

10. Masukkan 1 tangkai daun kari dan tuang campuran sos perasa dan 1 sudu besar gula, kemudian masukkan udang goreng tadi.

11. Akhir sekali, masukkan garam dan gaul sebati. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: a pinch of salt by sara

Baca juga: Udang Goreng Berempah Sweet Sour, Aroma Wangi Sampai Tekak Pun Tergoda

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN