cara masak kari ayam

Ada banyak cara masak kari ayam yang boleh dicuba, contohnya adalah resepi kari ayam tanpa santan, resepi kari ayam tanpa tumis dan sebagainya lagi.

Kali ini jom kita cuba resipi kari ayam yang telah dikongsikan oleh Puan Nurul Jannah Zakariar. Selain dari rempah kari, ada dua bahan penting yang perlu ditambahkan semasa dalam proses memasak.

Kalau nak tahu apakah bahan-bahan tersebut, mari kita pelajari resipi yang dikongsikan oleh beliau di bawah.

Baca juga: Resipi Kari Ayam Hijau Ala Thai Tanpa Rempah Kari, Bau Harum Semerbak!

CARA MASAK KARI AYAM PADU

Bahan-bahan:

  • 4 sekawan
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Halia (hiris)
  • Daun kari
  • 1 paket kecil rempah kari ayam/daging
  • 1 paket serbuk cili
  • 2 sudu kecil cili boh
  • Air
  • Garam halus/kasar
  • Ayam
  • Santan fresh/kotak
  • Ubi kentang
  • Pes asam jawa
  • Sedikit gula
  • Cili merah (belah tengah)

Cara memasak:

1. Tuangkan minyak. Bila minyak dah panas, kemudian masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.

2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.

cara masak kari ayam

3. Diikuti rempah kari ayam/daging dan cili serbuk. (Saya pakai jenama kari adabi dan serbuk cili babas) Tambahkan juga sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, kemudian tambah air sedikit.

cara masak kari ayam

4. Masukkan garam halus/kasar (saya lebih suka pakai garam kasar).

5. Kemudian masukkan ayam. Siap cuci bersih (Ayam saya tu 1 ekor sedang).

6. Gaul rata kesemua bahan.

cara masak kari ayam

7. Masukkan santan fresh atau santan kotak. Jika nak pakai kara macam saya, tuangkan air dalam kotak sebanyak 2 kali.

8. Masukkan ubi kentang.

9. Kemudian masukkan pes asam jawa (saya pakai pes asam jawa adabi extra).

10. Letakkan juga sedikit gula (tujuan untuk melemakkan kari).

11. Campak cili merah yang sudah dibelah tengah (sebagai hiasan).

12. Siap! Selamat mencuba.

cara masak kari ayam

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah Zakariar

Baca juga: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN