Cara masak gulai kambing ini menghasilkan kuah yang pekat, berlemak, dan kaya rasa. Daging kambing dimasak hingga empuk sebelum dicampurkan ke dalam kuah gulai.

Selain rempah kari, santan, dan daun kari, gula nisan turut digunakan untuk memberikan rasa manis yang seimbang. Gabungan ini menjadikan kuah lebih enak dan beraroma.

Nikmati gulai kambing ini bersama nasi putih yang masih panas. Ubi kentang yang dimasak di dalam kuah juga menjadikan hidangan lebih mengenyangkan.

Baca juga: Cara Buat Sos Perapan BBQ Homemade, Sekali Buat Boleh Perap Ayam, Daging & Kambing!

CARA MASAK GULAI KAMBING

cara masak gulai kambing

Bahan-bahan:

  • Daging kambing
  • ½ kotak santan 
  • Gula nisan, anggaran ¼ keping
  • Rempah kari, secukupnya
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun kari
  • Ubi kentang
  • Garam dan perasa, secukupnya
  • Air rebusan daging kambing, secukupnya

Bahan Kisar:

  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus daging kambing menggunakan periuk tekanan hingga empuk. Simpan air rebusan untuk digunakan dalam kuah.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Seterusnya, masukkan rempah empat sekawan dan daun kari. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan rempah kari. Kacau sebati dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Tambahkan sedikit air rebusan kambing. Masak hingga kuah kembali pecah minyak. Ulang langkah ini sebanyak tiga kali supaya rempah lebih masak dan sebati.
  6. Kemudian, tuangkan santan. Renehkan kuah hingga pecah minyak sekali lagi.
  7. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  8. Selepas itu, masukkan ubi kentang dan gula nisan. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Masak hingga kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
  9. Akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Sumber: Threads @aidashahiraaa

Baca juga: Resipi Kambing Grill Lembut & Juicy, Punyalah Sedap Sampai Orang Tanya ‘Beli Mana?’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending