kambing grill

Kambing grill memang antara menu western yang ramai orang Malaysia suka, terutama bila makan bersama keluarga atau waktu majlis istimewa. Bau dia sahaja dah buat kita lapar, apatah lagi bila dagingnya lembut dan berjus!

Tapi realitinya, kalau beli di luar, harga kambing grill boleh tahan mahal juga. Sekali makan boleh “kering poket”, terutama kalau makan ramai-ramai. Sebab tu ramai mula cari alternatif untuk buat sendiri di rumah.

Menariknya, resipi kambing grill ini sebenarnya tak susah pun. Dengan bahan ringkas dan teknik yang betul, kita boleh hasilkan kambing grill yang juicy, lembut dan penuh rasa. Tak perlu cicah sos pun dah cukup sedap!

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Madu Guna Air Fryer, Isi ‘Juicy’ & Perapan Terasa Hingga Ke Dalam

RESEPI PERAPAN KAMBING GRILL

kambing grill

Bahan-bahan:

(Anggaran untuk 1 kg kambing)

  • 1 kg lamb shoulder (minta potong slice lebih kurang 1cm)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk/“piap”)
  • 1 ibu jari halia (tumbuk/“piap”)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos black pepper
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos BBQ
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Rosemary secukupnya (tabur)

Cara-cara penyediaan:

  1. Pilih daging yang betul. Gunakan lamb shoulder, bukan shank. Shank terlalu keras dan boleh buat susah nak makan. Kalau beli di kedai frozen atau butcher, minta potong lebih kurang 1cm supaya senang grill dan cepat masak.
  2. Campurkan bawang putih, halia, semua jenis sos dan rosemary dalam satu bekas besar. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan kambing dan gaul rata dengan bahan perapan.
  4. Perap semalaman supaya rasa lebih meresap.
  5. Susun daging atas tray dan bakar dalam oven pada suhu 200°C selama lebih kurang 1 jam. Oven membantu daging masak sekata, lebih juicy dan hasilnya lebih lembut berbanding grill atas pan biasa.

Sumber: Thread nurfatehatulain

Baca juga: Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN