Categories: Resipi

Resipi Gulai Daging Umbut Kelapa, Menu ‘Rare’ Tak Ramai Orang Buat

Cara masak gulai daging ini sedikit berbeza kerana ada menggunakan umbut kelapa. Menu ini boleh dikatakan agak rare kerana jarang dibuat orang.

Umbut kelapa ini mempunyai sedikit rasa manis dan akan memberikan rasa yang lebih berlemak terhadap gulai daging.

Masakan ini juga lebih sedap jika digandingkan dengan ikan masin goreng, sambal belacan dan ulam. Lazatnya tak terkata!

Oleh itu, jika ada yang mahu mencuba boleh lihat resipi perkongsian oleh Puan Nisa Hafisa Hasbullah di bawah.

Baca juga: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-Basah, Barulah Lagi Sedap!

CARA MASAK GULAI DAGING UMBUT KELAPA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Umbut kelapa
  • Daging yang sudah siap direbus
  • Semangkuk serbuk kari
  • Santan

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia
  • 3 biji cili kering yang besar

Cara memasak:

1. Potong umbut kelapa. Bila dah siap potong, masukkan ke dalam bekas berisi air agar warnya menjadi kemerahan. Jika tak letak dalam air, umbut akan cepat masuk angin dan warnanya tak cantik.

2. Kisar semua bahan-bahan kisar di atas. Kemudian tumis sehingga garing.

3. Apabila bahan kisar tadi sudah garing, masukkan pula serbuk kari yang dicampur bersama air. Tip ini untuk elakkan serbuk kari cepat hangit. Tumis sampai naik minyak.

4. Kemudian masukkan daging yang sudah siap direbus. Asalnya daging in tulang bahagian gearbox. Oleh kerana sebab nak makan ramai, kita buang bahagian tulang awal. Baru semua dapat merasa.

5. Selepas itu, tuangkan santan dan umbut kelapa. Umbut ini mengambil masa lama juga untuk ianya masak.

6. Jangan lupa masukkan garam, gula dan penambah perisa. Tunggu sehingga betul-betul ia menggelegak dan pecah minyak.

7. Jika sudah menggelegak dan pecah minyak, tutup api dan sediakan untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Nisa Hafisa Hasbullah

Baca juga: Cara Masak Kurma Daging Lagi Padu Dari Biasa, Rahsianya Kena Tuang Sedikit ‘Bahan’ Ini

Wan N

Recent Posts

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

2 hours ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

2 hours ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

3 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

4 hours ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

5 hours ago

Apam Kampung Mudah Gebu Dan Lembut, Makan Dengan Kelapa Parut Memang Terangkat!

Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…

5 hours ago