Categories: Resipi

Resipi Daging Goreng Ketumbar, Lauk Ringkas Tapi Aromanya Yang Semerbak Buat Tak Cukup Nasi

Kalau nak tahu cara masak daging goreng ketumbar yang mudah tetapi penuh dengan rasa, resipi ini memang boleh dicuba. Daging dihiris nipis kemudian diperap dengan serbuk kunyit, garam dan biji ketumbar yang disangai serta ditumbuk kasar.

Selepas diperap, daging digoreng bersama bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia. Tambahan sos tiram serta kicap manis pula membuatkan rasanya lebih umami dan sedikit manis, memang sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

Bila daging sudah hampir garing, masukkan pula hirisan bawang besar dan kacau sekejap sehingga layu. Taburan cili merah di akhir sekali menjadikan lauk ini lebih menarik dan menambahkan lagi rasa pedas serta segar.

Baca juga: Resipi Pad Kra Pao Daging Ala Thai, Masak Dengan Api Besar Baru Lagi Sedap!

CARA MASAK DAGING GORENG KETUMBAR

Bahan utama:

  • Daging manis (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Biji ketumbar secukupnya (disangai dan ditumbuk kasar)
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar kasar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili merah
  • Halia

Bahan taburan:

  • Cili merah (dihiris)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan hirisan daging ke dalam mangkuk. Gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan biji ketumbar yang telah disangai serta ditumbuk kasar.
  2. Perap daging seketika supaya bahan perapan lebih sebati. Tak perlu terlalu lama kerana daging akan terus dimasak selepas itu.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar kasar dan tumis sehingga naik bau serta agak garing.
  4. Masukkan daging yang telah diperap. Tambahkan sos tiram dan kicap manis, kemudian gaul sehingga semua bahan sebati dan daging bersalut dengan bahan tumisan.
  5. Teruskan memasak sehingga daging masak dan hampir garing. Pastikan dikacau sekali-sekala supaya daging tidak melekat pada kuali.
  6. Apabila daging sudah hampir garing, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu tetapi masih sedikit rangup.
  7. Akhir sekali, taburkan hirisan cili merah. Gaul sekejap sebelum tutup api.
  8. Daging goreng ketumbar siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan lauk sampingan pilihan.

Sumber: Saida Wati Nordin

Baca juga: Resipi Pad Kra Pao Daging Ala Thai, Masak Dengan Api Besar Baru Lagi Sedap!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago