cara masak ayam merah

Sudah hampir hujung tahun, biasanya waktu begini ramai mula sibuk buat persiapan untuk kenduri. Nak buat lauk kenduri disukai ramai, cubalah cara masak ayam merah sedap ini._

Ayam masak merah merupakan salah satu hidangan tradisional Melayu yang sangat popular, terutama ketika kenduri, perayaan, majlis keluarga dan hidangan istimewa di rumah.

Wanita yang mesra disapa Mommy Yoi di Facebook berkongsi cara masak ayam merah sedap menggunakan resipi warisan arwah ayahnya yang pernah menjadi tukang masak katering suatu ketika dahulu.

Baca juga: Resepi Nasi Minyak Sedap Tak Terkata, Satu Rumah Bau Macam Tengah Masak Kenduri!

CARA MASAK AYAM MERAH SEDAP

cara masak ayam merah

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam
  • Garam dan kunyit

Bahan kisar:

  • 2 batang serai
  • 3 inci halia
  • 1 labu bawang holland
  • 7 ulas bawang putih

Bahan lain:

  • 2 senduk cili boh atau giling
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • ½ susu tin cair
  • ½ tin panjang puri tomato
  • 2 helai daun pandan
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu besar serbuk perasa atau kiub pati ayam
  • ½ cawan sos cili

Cara-cara memasak:

  1. Goreng ayam yang telah digaul dengan garam dan kunyit separuh masak.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan (*) bersama daun pandan.
  3. Masukkan separuh bahan kisar. Apabila agak garing, masukkan serbuk cili dan cili giling.
  4. Masak sampai pecah minyak, kemudian masukkan baki bahan kisar.
  5. Apabila mendidih, masuk gula, tomato puree, susu cair dan 2 gelas air. Masak sampai pecah minyak.
  6. Masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak. Biarkan mendidih sampai kuah naik minyak.
  7. Masukkan sos cili dan seimbangkan rasa manis serta masin mengikut selera.
  8. Boleh tabur bawang besar potong bulat atau tambah kacang peas dalam tin jika suka.

Tips tambahan:

  • Warna masak merah bergantung pada jenis cili dan puri tomato yang digunakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Yoi

Baca juga: Resepi Acar Rampai Orang Kahwin, Masam Manis & Rangup Macam Katering Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN