Seronoknya musim kenduri kahwin, kita dapat nikmati pelbagai hidangan menarik. Antara lauk kenduri paling mak-mak cari adalah cara masak Ayam Kicap Berempah.
Ayam Kicap Berempah ini tak sama seperti ayam kicap biasa. Apabila kicap dikombinasikan dengan aroma rempah ratus, memang cukup menyelerakan.
Tak payah tunggu kenduri, anda boleh buat di rumah dengan mengikuti cara masak Ayam Kicap Berempah ala Jawa yang dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook.
Baca juga: Ayam Masak Kicap Bersos, Buat Makan Bertambah Makan Lauk SIMPLE Ini
CARA MASAK AYAM KICAP BEREMPAH ALA JAWA
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
- Sedikit kicap manis (lebihkan)
- 1/2 cawan air asam jawa (cair-cair saja)
- Sedikit kicap masin
- Sedikit bahan perasa
- 1 cawan air (untuk kuah, nak lebihkan pun boleh)
- 3 keping bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 senduk minyak untuk menumis
- 1 1/2 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 sudu besar jintan manis*
- Sebesar ibu jari halia*
- 1 1/2 sudu besar biji ketumbar*
- 1 sudu kecil lada hitam*
Bahan-bahan hiasan:
Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda (*) sehingga lumat.
2. Lumur ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng tapi jangan sampai garing. Tos dan ketepikan.
3. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan kisar, air asam jawa, gula dan bahan perasa, kemudian tumis hingga naik minyak dan bahan kisar agak garing.
5. Renjiskan kicap manis dan kicap masin.
6. Masukkan ayam dan air, kemudian kacau-kacau dan biarkan mendidih ganas.
7. Taburkan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Jika kurang masin tambah kicap masin, jangan letak garam, kemudian seimbangkan rasa. Siap!
Dah tahu cara masak Ayam Kicap Berempah ini, bolehlah hidangkan untuk makan tengah hari atau malam buat seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Kalau Nak Ayam Masak Kicap Lebih Sedap, Kena Letak Sikit ‘Perencah’ Ini