Categories: Infomasi

Cara Potong Buah Delima Dengan Cepat, Nak Makan Pun Mudah!

Buah delima merupakan salah satu buah yang mempunyai banyak khasiat. Oleh kerana buah ini diimport dari luar negara, mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu cara makan buah delima dengan betul.

Sebelum itu, mari kita ketahui apakah khasiat buah delima. Antaranya adalah untuk:

Buah ini banyak ditanam di negara-negara seperti Turki, Sepanyol, Tunisia, Iran, India, Mesir dan Morocco. 

Baca juga: Cara Kupas Buah Nanas Dengan Betul, Baru Tak Gatal Lidah & Dapat Rasa Isi Manis

Di sebalik kulitnya yang tebal, terdapat isi buah kira-kira 200 hingga 1400 biji yang boleh dimakan segar atau dibuat jus.

Namun, bukan mudah untuk mengupas buah delima jika tidak tahu tekniknya yang betul. Jika salah cara, boleh merosakkan isi di dalam.

Oleh itu, mari kami kongsikan cara mengukas buah delima dengan pantas dan mudah.

CARA MAKAN BUAH DELIMA DENGAN BETUL

1. Potong bahagian atas buah delima

Potong sekeliling bahagian atas buah yang kelihatan seperti ‘jambul’ menggunakan pisau.

Caranya adalah dengan memotong sekelilingnya dalam bentuk bulat atau membuat hirisan berbentuk empat segi.

Kemudian, pisahkan bahagian kulit yang dipotong dari buah tersebut.

2. Belah kepada 5 bahagian

Gunakan pisau tajam untuk membuat belahan cetek pada buah delima ini. Belah kepada 5 bahagian mengikut garis empulur.

Letak ibu jari di bahagian potongan ‘jambul’ tadi dan kopak belahan yang dibuat dengan satu persatu untuk mengasingkannya.

Buat langkah ini di atas mangkuk atau bekas besar untuk mengelakkan biji-biji delima bertaburan dan jatuh di tempat yang kotor.

3. Tanggalkan biji dari kulit

Langkah terakhir adalah membuang lapisan putih yang membahagikan biji-biji delima ini dan tanggalkan biji-biji tersebut dari kulitnya.

Biji ini akan mudah ditanggalkan jika buah sudah ranum. Cukup sekadar menggosok lembut untuk menanggalkannya.

Selepas itu, biji buah sedia untuk dimakan. Semoga bermanfaat!

Sumber: HeloMedik

Baca juga: Tips Pilih Buah Anggur Yang Manis Dan Berkualiti, Fresh Macam Baru Petik!

Nasiha

Recent Posts

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

19 mins ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago