Categories: Informasi

9 Sayur Mudah Ditanam Di Rumah, Tak Perlu Tanah Yang Banyak

Mak-mak selalu gunakan sayur dalam masakan mereka. Oleh sebab itu, ada di antara mereka yang mula mencari sayur mudah ditanam.

Tak kisah anda duduk di rumah atas tanah atau pangsapuri sekalipun, anda boleh menanam sayur-sayuran ini di rumah. Cubalah nanti!

Baca juga: Cara Tanam Cili Sejambak Macam Ini. Rahsianya Adalah…

ANTARA SAYUR MUDAH DITANAM DI RUMAH

1. Tauge

Anda boleh mulakan dengan menanam pokok tauge. Hanya perlu rendam kacang hijau hingga kembang sekurang-kurangnya seharian.

Sediakan bekas seperti loyang untuk menumbuhkan tauge. Letakkan tuala basah di atasnya. Sebaiknya simpan di tempat yang gelap dalam tong dan siram antara tiga ke empat setiap hari.

Masuk hari ketiga, ia sudah boleh mula dituai dan digunakan hasilnya.

2. Cili

Kredit Foto: Kebuna Putrajaya

Peatmoss atau sabut kelapa hancur boleh dijadikan sebagai bahan semaian. Ia sangat sesuai untuk semaian cili kerana mampu menyerap air yang cukup dan sentiasa lembab.

Biji benih cili memakan masa sekitar tujuh hingga 14 hari untuk bercambah. Setelah bercambah, ia boleh terus dipindahkan ke dalam pasu kecil setiap satu.

3. Kacang panjang

Walaupun anda duduk di pangsapuri, anda boleh menanam kacang panjang hanya dari dalam pasu di balkoni rumah.

Berminggu-minggu hasil boleh dipetik jika biji tua dari kacang panjang yang sudah tuai sentiasa ditanam semula dan tumbuh baru.

4. Bayam Brazil

Cara menanam bayam brazil juga boleh dikatakan sangat mudah. Cara semaiannya hanya menggunakan keratan batang yang dip0tong dalam 4 hingga 7 cm.

Kemudiannya dicucuk di dalam pasu 1/3 dalam tanah. Anda juga boleh menanam sayuran ini di dalam botol plastik.

5. Serai

Rendam anak benih dalam bekas jika ia tidak mempunyai akar. Rendam batang serai di dalam sedikit air untuk merangsang pertumbuhan akar.

Dalam masa tiga ke empat hari, akar sudah mula bertunas. Tanam serai secara menyerong. Pastikan hanya sebahagian perut serai sahaja yang tenggelam ke dalam medium bersama akar.

6. Daun pandan

Ia mudah ditanam sama ada dalam rumah atau dalam pasu. Penanaman pokok pandan dibuat dengan benih keratan yang mempunyai akar dan daun serta bahagian pucuk atau sulur pokok yang keluar dari pangkal rumpun pokok.

Potong sulur dari pangkal rumpun pokok yang matang dan buangkan sedikit bahagian pucok. Tanam sulur atau keratan tadi di atas tanah atau dalam pasu sedalam 2 hingga 3 inci dalam tanah dan siram dengan air.

7) Kunyit, halia, lengkuas

Cara paling mudah adalah anda beli kunyit, halia dan lengkuas yang sudah bertunas dari kedai. Kemudian, tanamkan ia di dalam tanah dan siram dengan secukupnya.

Sayuran ini akan mengeluarkan akar dan setelah beberapa hari, daun baru akan muncul. Anda hanya perlu pastikan daunnya sentiasa sihat supaya ia berbuahkan hasil

8. Bawang

Kredit Foto: Facebook Air Mata Bawang

Anda boleh tanam bawang dengan menggunakan biji benih atau bebawang. Sesuai ditanam di tempat yang ada cahaya matahari penuh. Daun bawang yang terhasil juga boleh digunakan.

Jika guna biji benih, tempoh untuk tuai bawang akan mengambil masa sekitar tiga ke empat bulan. Jika tanam guna bebawang pula akan mengambil masa sekitar dua bulan setengah saja.

9. Daun ketumbar

Pastikan hanya bahagian akar sahaja yang ditimbus dengan tanah. Elakkan bahagian batang daripada turut tertanam, supaya ia dapat membesar dengan sempurna.

Ambil bahagian akar lebih kurang dua ke tiga inci dan rendam di dalam bekas berisi air. Apabila sudah mula membesar lagi beberapa inci, pindahkan pokok ketumbar ke dalam pasu.

Itulah antara sayur yang mudah ditanam. Anda boleh cuba menanamnya nanti. Senang kalau dah ada tanaman sayur di rumah. Tinggal ambil saja kalau mahu.

Sumber: SinarPlus

Baca juga: Teknik Tanam Bawang Merah Sendiri Dengan Mudah, Jom Kita Belajar!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

15 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

16 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

17 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

18 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

21 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

21 hours ago