Ada beberapa cara kempiskan perut tanpa bersenam yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah dengan meminum air rebusan detox yang dibuat menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Ada banyak resipi yang boleh dicuba. Antaranya adalah seperti yang dikongsikan oleh Puan Diana Said di bawah. Ayuh ikuti cara membuatnya di bawah.
“Pagi ni akak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan, sebab apa yang kita makan senang jer dibuang.
Boleh guna macam macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni akak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.
Mudah je cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.”
Baca juga: Air Rebusan Serai Bukan Biasa-Biasa, Boleh Elak Kencing Kotor & ‘Flush’ Kuman!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara membuatnya:
1. Rebus 1 liter air.
2. Basuh semua bahan dan potong kecil.
3. Masukkan semua bahan yang sudah dipotong ke dalam air rebusan.
4. Rebus semua bahan dalam periuk sehingga mendidih.
5. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang air rebusan ke dalam jug.
6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum diminum. Selamat mencuba!
“Senang kan resepi kurus kita hari ni. Warna air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.
Better buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.
Excited nak try kan, sebab confirm selamat nak kempiskan perut. Sekiranya suka boleh share resepi ini Yana izinkan. Selamat mencuba semua.”
Kredit resipi dan gambar: Diana Said
Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…