sotong kering

Sotong kering memang sedap dimasak sambal atau dijadikan lauk tumis. Tapi kalau tak kena cara rendamnya, teksturnya boleh jadi keras dan rasa pun agak kuat.

Jadi, kalau anda nak hasil yang lebih lembut dan sedap, boleh ikut trik mudah ini untuk kembangkan sotong kering.

Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Macam Baru!

CARA KEMBANGKAN SOTONG KERING

Bahan-bahan:

  • Sotong kering bersaiz besar
  • Air abu @ abu jang (boleh didapati di kedai runcit)
  • Air bersih

Cara-cara:

  1. Mula-mula, basuh sotong menggunakan air bersih. Sebaiknya basuh sebanyak 3 kali untuk hilangkan kotoran dan bau yang kuat.
  2. Sediakan air untuk merendam sotong dengan nisbah 1 bahagian air abu dan 10 bahagian air bersih (1:10).
  3. Jika guna abu jang berbentuk ketul, gunakan 1 hingga 2 ketul untuk setiap 10 liter air.
  4. Rendam sotong di dalam air abu yang telah disediakan tadi. Masa rendaman yang disyorkan adalah antara 5 hingga 6 jam, bergantung pada saiz sotong.
  5. Selepas 6 jam, keluarkan sotong daripada air abu dan rendam pula dalam air panas selama 1 jam untuk hasil yang lebih lembut dan tidak liat.

Siaplah sotong kembang yang lembut dan mudah dimasak. Tak susah pun kan?

Sumber: Rashidah Arshad

Baca juga: 10 Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Digoreng, No.5 Paling Ramai Suka Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN