
Peti ais berbau memang boleh buat kita hilang selera, lebih-lebih lagi bila buka pintu terus terhidu bau kurang menyenangkan. Biasanya bau ini datang daripada makanan yang disimpan terlalu lama, tumpahan yang tidak dibersihkan dengan betul atau makanan berbau kuat seperti ikan dan durian yang disimpan tanpa bekas kedap udara. Kalau dibiarkan, bau ini boleh melekat lama dan mengganggu kesegaran makanan lain.
Sebenarnya, untuk hilangkan masalah peti ais berbau, kita tak perlu pun guna bahan kimia yang mahal. Banyak bahan semula jadi yang ada di dapur sebenarnya boleh membantu menyerap dan meneutralkan bau dengan berkesan. Selain lebih selamat, ia juga lebih jimat dan mudah didapati.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa bahan yang boleh digunakan untuk wangikan peti sejuk supaya kembali segar dan tidak berbau. Bahan-bahan ini bukan sahaja mudah didapati, malah sangat praktikal untuk penjagaan peti ais harian di rumah.
Baca juga: Cara Hilangkan Bau Badan Paling Senang, Minum Air Rebusan Serai & Daun Pandan Saja!
CARA HILANGKAN PETI AIS BERBAU

1. Serbuk kopi
Serbuk kopi terkenal sebagai penyerap bau yang kuat. Letakkan sedikit serbuk kopi kering dalam bekas terbuka dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan membantu menyerap bau busuk dengan cepat.
2. Baking soda
Baking soda memang antara yang berkesan untuk hilangkan bau. Letakkan dalam bekas kecil tanpa penutup dan biarkan di dalam peti ais. Tukar setiap 2–3 minggu untuk kesan optimum.
3. Lemon
Potong lemon dan letakkan dalam peti sejuk. Selain menyerap bau, ia juga memberikan aroma segar yang menyenangkan.
4. Arang aktif
Arang aktif sangat berkesan untuk menyerap bau kuat. Letakkan beberapa ketul kecil dalam bekas terbuka dan simpan di rak peti sejuk.
5. Oat
Oat juga boleh menyerap bau tak enak secara semula jadi. Cara ini sesuai kalau anda nak alternatif yang lebih lembut dan selamat.
6. Cuka putih
Cuka putih boleh digunakan untuk lap bahagian dalam peti sejuk. Ia membantu membunuh bakteria penyebab bau.
Sumber: Whirlpool
Baca juga: Cara Simpan Limau Kasturi Dengan Betul, Tak Perlu Risau Buah Rosak & Bazir Dalam Peti Sejuk
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














