
Cara hilangkan pahit sambal yang hangit sebenarnya boleh dicuba dengan beberapa petua mudah menggunakan bahan yang biasa ada di dapur. Jangan terus buang sambal yang dimasak lama hingga hangit, terutama jika rasa pahitnya masih belum terlalu kuat.
Situasi sama turut dialami seorang pengguna Facebook, Zuraini Zainuddin, yang meminta bantuan orang ramai menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) selepas sambal yang dimasaknya hangit di bahagian bawah kuali dan menghasilkan rasa pahit.
Baca juga: Cara Goreng Ikan Bilis Rangup Walaupun Dibasuh, Rupanya Ini Teknik Yang Betul!
CARA HILANGKAN PAHIT SAMBAL DISEBABKAN HANGIT

Menurutnya, dia sudah cuba beberapa cara untuk menyelamatkan sambal tersebut. Antaranya menukar kuali, mengisar semula sambal, menambah bawang serta cili kering yang dikisar, namun rasa pahit masih kuat.
“Boleh bagi tips tak macam mana nak hilangkan rasa pahit kat sambal.. sy terleka jap tadi hangit kat bawah. Sy dah tukar kuali lain dah. Dah kisar dan tambah bawang, dah tambah jugak cili kering yang dah dikisar. Tapi rasa pahit masih ada. kalau ada tips lain please share kot masih boleh diselamatkan,” tulis Zuraina.
Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai cadangan daripada pengguna lain yang berkongsi petua masing-masing. Antara yang dicadangkan ialah memasukkan daun pisang ke dalam sambal.
Ada juga yang mencadangkan hampas kelapa parut dimasukkan ke dalam kain atau pembungkus seperti sup bunjut sebelum diletakkan dalam sambal untuk membantu menyerap rasa pahit.
Selain itu, ada yang mencadangkan supaya gula melaka, asam keping, daun pandan dan serai ditambah ke dalam sambal yang pahit itu.
AKHIRNYA SAMBAL PAHIT HILANG SELEPAS LETAK BAHAN INI
Zuraini akhirnya berjaya menyelamatkan sambal tersebut selepas mencuba beberapa petua yang dikongsikan. Katanya, dia sudah menambah bawang kisar, cili kering kisar, gula melaka dan asam jawa tetapi rasa pahit masih ada. Kemudian, dia mencuba pula daun pandan dan hasilnya sambal tersebut sudah tidak terasa pahit.
“Terima kasih semua yang bagi tips. Saya tambah semua ini, bawang kisar, cili kering kisar, gula melaka dan asam jawa masih lagi rasa pahit. Kemudian last sekali letak daun pandan. Alhamdulillah ok dah. Simpa dalam bekas kecik-kecil senang bila anak syurga saya nak makan, tinggal panaskan je.” ujar Zuraina.
Sumber: Zuraini Zainuddin
Baca juga: Nak Beli Gula Melaka? Ini Cara Kenal Pasti Yang Asli, Elak Terbeli Yang Sudah ‘Campuran’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














