“Macam mana cara hilangkan bau mulut busuk sebab makan petai? Segan nak bercakap dengan orang..”
Ramai yang suka makan petai, tapi tak tahan dengan bau busuk mulut. Bau itu tidak hilang dengan mudah walaupun sudah memberus gigi sebanyak dua atau tiga kali.
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan cara hilangkan bau tersebut dengan cepat dan berkesan.
Baca juga: Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah
CARA HILANGKAN BAU MULUT BUSUK PETAI
Petua ini telah dikongsikan oleh seorang penggunakan Facebook bernama Bee Keng. Berikut merupakan perkongsian lengkap oleh beliau:
“Saya nak kongsikan cara kita hilangkan bau mulut secepat seminit. Cara ini diajar oleh mak semasa kita masih kecil lagi, ia sangat berkesan menghilangkan bau mulut selepas makan petai tak kira lah petai mentah ke, petai jeruk ke, petai goreng sambal ke, semuanya sangat berkesan dengan cara paling senang dan cepat ini.
Kalau tak percaya anda cuba tengok. memang hilang dalam masa seminit sahaja! Semasa saya baru-baru kahwin saya ajar suami saya dia tak percaya pun tetapi selepas mencuba dia cakap AJAIB betul!!!”
Cara-caranya:
1. Potong sepotong terung mentah sebesar 1 atau 2 cm dan kunyah selama seminit.
2. Selepas kunyah, boleh ditelan atau diludahkan (sebab ada info yang mengatakan terung mentah mengadungi solanine boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut). Saya biasanya telan sebab rasa terung mentah sangat manis dan sedap, sepotong kecil tak memudaratkan pun.
3. Yang suka makan ulam boleh makan sekali dengan terung rebus, berkesan juga. Tinggalkan sedikit pada akhir juadah untuk dikuyah sebagai penghilang bau, dikunyah seperti makan “chew gum” sekurang-kurangnya seminit.
Info tambahan: Satu lagi cara nak hilangkan tandas busuk disebabkan petai, letakkan sebiji terung yang dimakan ulat atau yang sudah tidak diguna (tak kisah potong atau tidak) atau kulit terung pun boleh di lantai tandas, ia sangat berkesan mengurangkan bau busuk disebabkan makan petai.
Sumber: Bee Keng
Baca juga: Sambal Belacan Ikan Bilis Petai, Resipi Ketagih Sampai Bertambah Nasi Dibuatnya