Categories: Tips & Petua

Cara Hilangkan Masin Pada Ikan Kering, Ada 3 Petua Berkesan Wajib Cuba

Ikan kering memang sedap kalau digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas. Tapi ada satu masalah bila goreng ikan kering iaitu rasa masinnya kadang-kadang terlalu kuat!

Rasa masin yang kuat boleh buat hilang selera makan. Jangan risau, rupanya ada beberapa cara mudah untuk hilangkan rasa masin ikan sebelum digoreng.

Baca juga: Cara Buang Hanyir Ikan Patin Dengan Petua Paling Berkesan, Bau Lumpur Pun Hilang Tanpa Jejak!

CARA HILANGKAN MASIN PADA IKAN KERING

1. Rendam Dalam Air Garam

Petua ini mungkin kedengaran pelik, tapi ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk digunakan. Air garam sebenarnya boleh bantu keluarkan lebihan garam dari ikan kering. Caranya:

  • Bancuh air dengan sedikit garam.
  • Rendam ikan selama 15-30 minit.
  • Bilas bersih sebelum digoreng.

Air garam akan ‘menarik keluar’ garam dari ikan. Bila dibilas semula, rasanya jadi lebih seimbang.

2. Rendam Dalam Air Kelapa

Kalau ada lebihan air kelapa segar, jangan dibuang! Ia boleh digunakan untuk menghilangkan rasa masin pada ikan kering. Caranya:

  • Rendam ikan dalam air kelapa selama 1–2 jam.
  • Kemudian bilas dan toskan.

3. Balut Dengan Kertas Surat Khabar

Ini petua turun-temurun yang berkesan dan masih digunakan sehingga sekarang. Caranya:

  • Ambil beberapa helai surat khabar lama. Pastikan kering, bersih dan tidak koyak.
  • Balut ikan satu per satu atau susun dalam lapisan dan bungkus kemas dalam surat khabar.
  • Letakkan dalam bekas tertutup atau kawasan kering, elakkan tempat lembap atau terkena air.
  • Biarkan semalaman (lebih kurang 6-8 jam). Kalau sempat, boleh biarkan hingga keesokan pagi.
  • Keesokannya, buka balutan dan terus goreng atau bilas sedikit sebelum masak.

Sumber: Zanariah Mohamed Zain

Baca juga: Rahsia Ikan Goreng Cili Sedap Lain Macam, Rasa Pedas Beraroma Pasti Memikat Selera!

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

10 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

11 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

11 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

12 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

14 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

14 hours ago