Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan kerana kapur pada mi tersebut memberi rasa yang tidak enak.
Jika dimasak mee goreng, mungkin rasa kapur akan berkurang sedikit. Namun, jika dimasak sebagai mi kuah atau mi kari, rasa kapur itu akan terasa lebih kuat.
Oleh sebab itu, ramai yang merendam mi terlebih dahulu untuk menghilangkan rasa kapur. Nak mudah, ikut cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun miliknya di bawah.
Baca juga: Tip Ubi Kayu Tahan 2 Minggu, Kena Simpan Dalam Peti Ikut Cara Ini
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Sebelum masak mee kuning, rendamkan mee kuning tersebut dalam air suam yang telah dicampur dengan sesudu gula. Biarkan selama anggaran 15 minit. Toskan dan masak seperti biasa.
2. Hasilnya, jika mee itu pahit, rasa pahitnya akan hilang. Jika mee itu tidak pahit, rasa mee tidak rosak malah semakin enak!
Dengan menggunakan petua mudah ini, anda dapat menikmati mi kuning yang sedap tanpa rasa kapur. Kaedah merendam mi dalam air suam dengan gula bukan sahaja berkesan tetapi juga sangat mudah untuk dilakukan.
Jadi, lain kali bila anda masak mi goreng atau mi kuah, jangan lupa untuk merendamnya terlebih dahulu. Selamat mencuba!
Sumber: Norul Badri Daud
Baca juga: Cara Bersihkan Belut Dengan Betul, Hilang Segala Bau Hanyir Dan Lendir!
Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…
Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…
Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…
Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…
Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…
Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…