Categories: Tips & Petua

Rahsia Dapur Tak Jadi ‘Tempat Lepak’ Lalat, Petua Berkesan Guna Bahan Semula Jadi!

Kalau dapur penuh dengan lalat, memang boleh buat hilang selera nak makan. Bukan saja menganggu, tapi juga boleh bawa kuman dan menyebabkan makanan cepat rosak. Sebab itu, penting untuk tahu cara halau lalat supaya rumah sentiasa bersih.

Ramai orang sangka nak halau lalat perlu guna semburan racun atau produk mahal. Sebenarnya, ada banyak cara usir lalat secara semula jadi yang boleh dibuat dengan bahan dapur saja. Hasilnya pun lebih selamat dan tidak berbau kuat seperti racun serangga.

Kalau nak dapur bebas lalat setiap hari, kenalah rajin jaga kebersihan dan guna petua yang berkesan. Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa tenik halau lalat paling mudah dan berkesan supaya dapur kekal segar, bersih dan tak lagi jadi tempat ‘lepak’ lalat.

Baca juga: Petua Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur, Cara Semula Jadi Tanpa Guna Racun!

CARA HALAU LALAT DARI DAPUR

1. Pastikan Tiada Sisa Makanan Terbuka

Lalat memang tertarik dengan bau makanan, terutamanya yang manis dan berlemak. Jadi, pastikan semua makanan disimpan dalam bekas bertutup rapat.

Sisa makanan pun jangan dibiarkan lama dalam tong sampah, buang setiap hari terutama waktu malam. Kalau rajin, boleh lap sekali kawasan tong sampah dengan air cuka atau sabun.

2. Guna Perangkap Lalat Semula Jadi

Tak perlu beli yang mahal. Campur sedikit cuka epal, air dan beberapa titis sabun pencuci pinggan dalam mangkuk kecil.

Letak di sudut dapur, lalat akan tertarik dengan bau cuka, tapi sabun akan memerangkapnya. Petua ini berkesan dan selamat tanpa bahan kimia berbahaya.

3. Tanam Pokok Beraroma Kuat

Antara cara paling senang dan cantik untuk dapur ialah tanam pokok serai wangi, pudina, daun kari atau basil.

Bau segar herba ini boleh halau lalat secara semula jadi. Letak dalam pasu kecil di tepi tingkap atau berdekatan sinki, bukan saja elak lalat, tapi buat dapur nampak lebih ‘hidup’.

4. Lap Permukaan Dapur Dengan Cuka

Cuka bukan sekadar bahan masakan, tapi juga pembersih semula jadi yang kuat. Campurkan cuka dengan sedikit air dalam botol spray dan semburkan pada meja dapur atau tempat memasak selepas digunakan. Ia membantu hilangkan kesan minyak dan bau yang menarik lalat.

5. Pastikan Lantai Sentiasa Kering

Lalat juga suka tempat lembap. Jadi, selepas masak atau cuci pinggan, lap semula lantai dan kawasan sinki supaya kering. Jangan biar air bertakung kerana itu tempat ‘favourite’ lalat untuk bertelur.

Sumber: Healthline

Baca juga: Cara Halau Semut Di Dapur Guna Bahan Semula Jadi, Tak Perlu Pakai Spray Racun!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago