terung goreng

Setiap kali memasak terung goreng, pasti terung akan menjadi lembik dan serap minyak kan? Rupanya ada satu cara yang boleh dicuba untuk mengelakkannya berlaku.

Terung mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Jika tidak dimasak dengan betul, nutrisinya akan hilang.

Untuk mengekalkan nutrisi yang terdapat dalam terung, jom baca perkongsian oleh Dr Rizal Abu Bakar untuk ketahui cara memasak sayuran ini dengan betul.

Baca juga: 10 Bahan Pengganti Garam Agar Masakan Lebih Sihat, Tetap Sedap & Cukup Rasa!

TIP GORENG TERUNG LEBIH SIHAT & TAK SERAP MINYAK

Mahu masak terung tapi takut serap minyak? Ada petua untuk elakkannya iaitu:

1. Taburkan garam pada kedua sisi terung yang dipotong. Biarkan dalam 45 minit hingga sejam.

2. Kemudian, guna kain bersih dan tekup pada kedua-dua sisi untuk keringkannya. Jangan bilas dengan air.

3. Akhir sekali, gaul terung dalam tepung ubi kayu.

Ada cara lagi mudah iaitu menggunakan kaedah ‘steam’ saja. Jika mahukan sedikit kelainan, tumis dengan garlic, sedikit minyak zaitun dan sedikit serbuk. Cara ini lagi sedap dan boleh kekalkan nutrisi terung sebanyak yang mungkin.

Siapa tak makan terung sangat rugi kerana terung mempunyai antioksidan yang hebat seperti berikut:

  • Solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs)
  • Chlorogenic acid
  • Sumber anti-kanser
  • Bersifat pro-apoptosis
  • Keupayaan matikan sel berbahaya termasuk sel kanser
  • Rendahkan risiko berulang kanser
  • Bantu baiki kerosakan DNA
  • Cegah mutasi sel menurut kajian dalam jurnal Mutation Research tahun 2019

Semoga bermanfaat!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

Baca juga: 3 Cara Supaya Makanan Bergoreng Kurang Berminyak, Macam Ini Baru Sihat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN