cara goreng keropok lekor

Keropok lekor antara kudapan yang digemari ramai. Namun, pasti ramai yang alami masalah dimana ia meletup dan pecah. Jadi, penting untuk pelajari cara goreng keropok lekor yang betul.

Dengan teknik yang benar, keropok lekor akan kembang cantik, rangup di luar dan lembut di dalam. Ia juga lebih selamat untuk digoreng kerana minyak tak meletup dan juga tak mengotorkan dapur.

Baca juga: Petua Kacang Tanah Rangup, Ini Cara Goreng Yang Betul Supaya Tak Mudah Hangus

CARA GORENG KEROPOK LEKOR SUPAYA TAK MELETUP

cara goreng keropok lekor

  1. Keluarkan keropok lekor dari freezer atau chiller dan biarkan ia defrost (nyah beku) sepenuhnya sebelum digoreng. Ini penting supaya keropok lekor tidak meletup atau pecah semasa digoreng.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk yang cukup dalam. Jika mahu keropok lekor kembang cantik dan masak sekata, gunakan minyak yang cukup supaya keropok tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.
  3. Masukkan keropok lekor ke dalam minyak panas dan goreng dengan api sederhana. Elakkan menggunakan api terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan keropok lekor menggerutu, cepat keperangan dan berisiko meletup.
  4. Goreng selama 4–5 minit atau sehingga keropok lekor kembang dengan cantik dan berwarna keemasan. Angkat menggunakan penyodok berlubang dan tos minyak sebelum dihidangkan supaya hasilnya rangup dan sedap dimakan.

Sumber: Me Lekor

Baca juga: Cara Mudah Hilangkan Pahit Peria Dengan 3 Bahan, Rangup Dan Sedap Dimakan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN