cara goreng kacang tanah

Walaupun nampak macam senang, tapi tak ramai yang tahu cara goreng kacang tanah dengan betul.

Kalau salah teknik menggoreng, kacang akan menjadi cepat hangus di luar tapi di dalam masih tidak masak elok.

Oleh sebab itu, mari kita belajar teknik yang betul untuk menggoreng kacang. tanah. Barulah hasilnya sempurna elok!

Jom sama-sama praktikkan tips yang telah dikongsikan oleh saudari Izu Nur Rahmah di bawah.

Baca juga: Tip Rebus Kacang Kuda Bagi Empuk Dan Lembut, Tak Perlu Tunggu Berjam-Jam

CARA GORENG KACANG TANAH YANG BETUL

Berikut merupakan perkongsian oleh Izu Nur Rahman:

“Saya nak kongsikan teknik gorengan kacang tanah yang betul untuk dapatkan warna tak hangus dan rasa tak hangit.”

Cara caranya:

1. Tuangkan minyak masak ke dalam kuali secukupnya.

2. Tak perlu tunggu minyak panas, boleh terus masukkan kacang tanah ke dalam kuali.

3. Kemudian tunggu sehingga minyak panas dan berbunyi letupan.

4. Teruskan menggaul sehingga kacang menjadi garing.

5. Apabila kacang sudah garing, boleh angkat dan toskan.

6. Hasilnya, kacang tanah akan masak elok dan tidak hangus.

Selamat mencuba!

cara goreng kacang tanah

Kredit petua: Una Muzaini

Baca juga: Tips Buat Kacang Bawang Putih Sedap, Kena Rebus & Perap Semalaman Sebelum Goreng!

Baca juga: Resipi Kuih Koleh Kacang ‘Legend’, Ada Rahsia Kuih Jadi Cantik & Berkilat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN