cara goreng ayam crispy

Cara goreng ayam crispy yang dikongsikan oleh Puan Ummu Uwais ini memang wajib dicuba kerana hasilnya rangup di luar dan juicy di dalam. Menurut beliau, resipi ini merupakan resipi yang dipelajari daripada arwah ibu mentuanya.

Beliau sudah mencuba pelbagai resipi ayam goreng sebelum ini, namun resipi ini tetap menjadi pilihan utama kerana paling menjadi dan sering diulang masak di rumah.

Bukan sahaja mudah disediakan, malah ayam goreng ini juga sangat digemari oleh keluarga. Anak-anak dan suami pun memang suka, sampai jadi menu wajib setiap kali masak di rumah.

Baca juga: Resipi Paprik Ayam SEDAP Kalah Kedai Makan Thai, Satu Rumah Puji Tak Henti!

CARA GORENG AYAM CRISPY TANPA TEPUNG SEGERA

cara goreng ayam crispy

Screenshot

Bahan-bahan:

  • 3 senduk tepung gandum
  • 1 senduk tepung jagung
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • Ayam (bahagian drumet atau mana-mana bahagian kegemaran)
  • Air masak sejuk (untuk teknik salut rangup tambahan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan semua bahan kering (tepung gandum, tepung jagung, lada hitam dan garam) sehingga sebati.
  2. Asingkan lebih kurang 1/4 daripada bancuhan tepung tadi. Dalam bahagian yang sedikit itu, pecahkan sebiji telur dan gaul bersama ayam. Bahagian ayam yang paling sedap guna adalah drumet kerana lebih juicy.
  3. Ambil ayam yang telah bersalut telur tadi, kemudian salutkan dengan baki 3/4 tepung kering yang telah disediakan.
  4. Jika nak hasil lebih rangup dan bersalut tebal, boleh gunakan teknik ini: selepas salut tepung pertama, celup sekejap dalam air masak sejuk, kemudian salut sekali lagi dengan tepung.
  5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian goreng ayam sehingga keperangan dan keemasan.
  6. Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas.

Hasilnya memang tak mengecewakan. Kulit luar rangup, bunyi “krup krap” bila gigit, tapi dalam masih lembut dan juicy. Sesuai sangat makan dengan nasi panas, sos cili atau makan kosong pun dah cukup sedap.

Sumber: Ummu Uwais

Baca juga: Resipi Lutut Ayam Goreng Rangup & Wangi, Cicah Pula Sos Thai Memang Nikmat Tak Terkata!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN