Rupanya tak susah mana pun cara baiki sinki tersumbat. Tak perlu panggil tukang paip atau beli bahan mahal!

Dengan hanya menggunakan 3 bahan mudah dari dapur, anda sudah boleh elakkan masalah sinki tersumbat.

Boleh buat cara ini secara berkala iaitu 3 kali setahun. Hasilnya? Sinki akan kekal lancar dan bebas bau busuk.

Baca juga: Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, No. 5 Paling Ramai Buat!

CARA BAIKI SINKI TERSUMBAT

cara baiki sinki tersumbat

Bahan-bahan diperlukan:

  • Cuka masakan – anggaran RM3.50 sebotol
  • Soda bikarbonat – anggaran RM2.90
  • Air panas mendidih – secukupnya

Langkah-langkah:

  1. Tuangkan soda bikarbonat ke dalam lubang sinki. Gunakan kuantiti yang banyak untuk hasil yang lebih berkesan.
  2. Tunggu dalam 1-2 minit supaya soda bikarbonat bertindak balas dengan sisa dalam saluran.
  3. Curahkan cuka ke dalam lubang sinki. Akan berlaku tindak balas berbuih dan berasap, ini tanda bahan sedang bekerja! Biarkan selama 10 minit.
  4. Waktu ini akan tengok asap dan bunyi letupan kecil bila soda bertindak balas dengan cuka. Lagi banyak soda, lagi berhasil kesannya!
  5. Akhir sekali, tuangkan air panas mendidih. Curah perlahan-lahan ke dalam lubang sinki untuk melarutkan sisa yang telah dihancurkan tadi.
  6. Hasilnya? Air akan mengalir laju semula tanpa tersekat.

Senang sangat kan? Jadikan langkah ini sebagai rutin beberapa kali setahun untuk elakkan masalah tersumbat di kemudian hari.

Sumber: Norliza Zakaria

Baca juga: Jangan Buang Periuk Kaca Rentung & Hitam, Ini Cara Bersih Dengan Mudah Tanpa Calar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending