deep clean air fryer

Air fryer antara “peralatan wajib” ada di dapur ramai orang. Senang, cepat dan lebih sihat sebab tak perlu banyak minyak. Tapi ramai tak sedar, cara deep clean air fryer yang betul sangat penting untuk pastikan ia sentiasa bersih dan tahan lama.

Dalam kita guna hampir setiap hari, bahagian yang selalu kita terlepas pandang ialah kebersihan dalamannya. Kalau tak dibersihkan dengan betul, minyak, sisa makanan dan bau boleh terkumpul.

Lama-kelamaan, air fryer boleh jadi berbau, makanan kurang sedap dan prestasi pun menurun. Sebab itulah penting untuk buat cara deep clean air fryer secara berkala supaya ia kekal bersih dan berfungsi dengan baik.

Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Tahan Berbulan-Bulan & Tak Berkulat, Patutlah Ramai Dah Cuba Cara Ini!

Cara Deep Clean Air Fryer (Langkah Demi Langkah)

deep clean air fryer

1. Matikan dan cabut plug

Pastikan air fryer sudah dimatikan dan dicabut plug. Tunggu sehingga betul-betul sejuk sebelum mula membersihkannya untuk keselamatan.

2. Tanggalkan semua bahagian boleh cabut

Keluarkan bakul, tray dan semua komponen yang boleh ditanggalkan. Ini penting supaya setiap bahagian dapat dibersihkan dengan lebih menyeluruh.

3. Rendam dengan air suam dan sabun

Rendam bakul dan tray dalam air suam yang dicampur sabun pencuci pinggan. Biarkan selama 10–15 minit untuk melonggarkan minyak dan kotoran degil.

4. Gosok guna span lembut

Gunakan span lembut atau berus halus untuk bersihkan sisa minyak. Elakkan penggunaan berus kasar supaya tidak merosakkan lapisan non-stick.

5. Lap bahagian dalam air fryer

Gunakan kain lembap untuk lap bahagian dalam air fryer. Jika ada kesan minyak degil, boleh gunakan campuran air suam dan sedikit cuka untuk bantu hilangkan kotoran.

6. Bersihkan heating element

Bahagian pemanas ini sering diabaikan. Gunakan berus kecil atau kain lembap untuk buang sisa makanan yang melekat dengan berhati-hati.

7. Keringkan semua bahagian

Pastikan semua bahagian benar-benar kering sebelum dipasang semula. Ini penting untuk elakkan bau hapak dan kulat.

8. Buat “dry run” sekejap

Hidupkan air fryer tanpa makanan selama 3–5 minit. Ini membantu hilangkan sisa lembapan dan bau pencuci.

Tip Penjagaan Air Fryer Supaya Tahan Lama

  • Lap setiap kali lepas guna supaya tak terkumpul minyak
  • Jangan guna alatan tajam dalam bakul
  • Elakkan biar sisa makanan terlalu lama
  • Buat cara deep clean air fryer sekurang-kurangnya 1–2 kali sebulan

Sumber: techradar

Baca juga: Pokok Cili Dalam Pasu Lesu & Tak Berbuah? Ini Cara ‘Hidupkan Semula’ Sampai Merimbun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN