pokok cili

Ramai yang suka tanam pokok cili di rumah sebab senang nak petik sendiri bila masak. Namun, selepas beberapa bulan, pokok sering mula kurang berbuah, daun menjadi kecil dan kelihatan tidak subur.

Sebenarnya pokok cili boleh tahan lama dan terus berbuah kalau kena cara penjagaan yang betul. Kalau kena tekniknya, pokok cili bukan setakat hidup beberapa bulan sahaja, malah boleh terus subur dan berbuah berulang kali walaupun dalam pasu kecil.

Baca juga: Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Jangka Hayat Pokok Cili Dalam Pasu

Pokok cili seperti cili padi, cili kampung dan cili besar biasanya mempunyai kitaran hidup sekitar 3 hingga 8 bylan, bermula daripada semaian hingga fasa berbuah dan menjadi tua.

Walaupun begitu, pokok tidak semestinya perlu dibuang selepas tempoh tersebut kerana masih boleh dirangsang untuk tumbuh semula.

Cara Pastkan Pokok Cili Dalam Pasu Kekal Subur & Berbuah Lebat

pokok cili

Apabila pokok cili mula menunjukkan tanda kurang berbuah atau tidak sihat, langkah berikut boleh dilakukan:

1. Petik buah secara konsisten

Jangan biar buah terlalu tua atau dibiarkan rosak pada pokok kera ia mengurangkan tenaga pokok untuk menghasilkan buah baharu. Bila selalu dipetik, pokok akan rasa ‘diransang’ untuk hasilkan buah baru.

2. Lakukan pangkasan pada ranting lama

Potong ranting yang dah tak berdaun atau nampak kering. perlu dipotong. Tinggalkan batang utama dan 2–3 dahan muda sahaja supaya tenaga pokok lebih fokus untuk tumbuh semula.

Untuk merangsang lebih banyak cabang, bahagian atas batang boleh dipotong pada ruas daun kedua atau ketiga dari bawah.

3. Letakkan pokok di kawasan teduh sementara

Selepas proses pangkasan, pokok perlu diletakkan di kawasan redup (teduh) selama dua hingga tiga hari sebelum kembali menerima cahaya matahari penuh.

4. Elakkan pembajaan segera

Pokok yang baru dipangkas, jangan terus diberi baja. Siraman biasa sudah mencukupi untuk membantu proses pemulihan.

5. Tambah tanah atau baja organik secara berkala

Medium dalam pasu mudah kehilangan nutrien. Jadi, tambah sedikit tanah baru atau baja kompos supaya pokok dapat tenaga semula.

6. Tukar pasu jika akar terlalu padat

Apabila akar sudah memenuhi ruang pasu atau keluar melalui bahagian bawah, pokok perlu dipindahkan ke pasu yang lebih besar.

Perubahan Yang Berlaku Selepas Pangkasan

Kalau dibuat dengan betul, dalam 7 hingga 14 hari, pokok cili akan mula keluarkan tunas baru dari batang atau celah daun.

Apabila tunas ini membesar menjadi daun baru, pokok akan kembali segar dan bertenaga. Selepas 2 hingga 3 minggu, barulah boleh mula beri baja buah (tinggi kalium) untuk galakkan pembentukan bunga dan seterusnya buah.

Tip tambahan supaya pokok cili tahan lebih lama:

  • Cili padi dan cili kampung lebih sesuai untuk teknik ini sebab lebih tahan lasak
  • Jangan potong terlalu banyak sekali gus, cukup sekadar “kemaskan” sahaja
  • Pastikan pokok masih ada sedikit daun untuk proses fotosintesis
  • Konsisten siram, jangan terlalu kering atau terlalu basah

Sumber: Ila Garden

Baca juga: Buat Jus Pandan Serai Mudah Di Rumah, Hasilnya Badan Ringan & Tidur Lebih Lena Setiap Malam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN