cara cuci taugeh

“Mudah je cara cuci taugeh rupanya, tak perlu susah-susah nak bersih satu-satu!”

Tauge merupakan salah satu jenis sayuran yang sering digunakan dalam masakan.

Sayuran yang berasal dari kacang hijau ini berbentuk kecil dan berakar, maka tidak hairanlah jika cara membersihkannya bukan perkara yang mudah.

Sama seperti sayur-sayuran lain, tauge juga perlu dibersihkan sebelum diproses menjadi makanan.

Sebenarnya cara membersihkan taugeh agak mudah. Disebabkan oleh saiz tauge yang kecil dan mempunyai kulit serta akar di hujungnya, membersihkan tauge sangat mengambil masa. Lebih-lebih lagi jika tauge dibeli agak banyak.

Jadi mari MyResipi kongsikan cara cepat membersihkan dan mencuci taugeh.

Baca juga: Petua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama, Dah Berminggu Pun Kekal Segar & Tak Hitam

CARA CUCI TAUGEH DENGAN CEPAT

1. Masukkan tauge ke dalam besen yang bersaiz besar.

2. Kemudian isikan air sehingga tauge tenggelam.

3. Kacau-kacau tauge supaya kulit kepalanya (bahagian hitam) terpisah.

4. Biarkan sekejap selama beberapa saat supaya kulit kepalanya terapung.

5. Kemudian ambil besen yang berjaring besar, tekan sedikit ke atas permukaan air sehingga kulit kepala taugeh muncul.

6. Kemudian, kaup bahagian hitam tersebut menggunakan penapis yang berjaring kecil.

7. Ulang sehingga semua bahagian hitam tersebut sudah dikaup.

Lihat video penuh:

Kredit: Tiktok xom0070

Baca juga: Petua Simpan Lengkuas Supaya Tahan Lama, Berbulan Pun Tak Rosak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN