Setiap ibu pasti risau jika setiap kali masak nasi pada waktu pagi, nasi sudah menjadi basi pada waktu petang. Sebenarnya ibu-ibu cuma perlu tahu cara cuci periuk nasi yang betul.
Nasi yang basi mempunyai tekstur yang agak lembik dan berlendir. Ia juga mengeluarkan bau yang agak masam atau busuk.
Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan nasi dimasak jadi cepat basi. Salah satunya adalah kerana periuk nasi yang kurang bersih.
Baca juga: Cara Tanak Nasi Agar Cepat Masak, Tunggu 5 Minit Dah Boleh Makan!
Periuk nasi jenis dengan perangkap wap perlu dicuci bahagian tersebut. Ramai yang tidak tahu bahawa bahagian penutup perangkap wap periuk nasi boleh dicabut untuk dicuci.
Jika anda sudah lama tidak cuci perangkap wap ini, segala wap-wap nasi akan terkumpul sehingga menjadi berkerak.
Kerak-kerak yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan nasi yang baru dimasak jadi cepat basi.
Perkongsian daripada Nurul Ain Ibrahim di Facebook menunjukkan cara cuci periuk nasi yang mudah, cepat dan praktikal. Silakan untuk mencubanya nanti!
1. Basuh dan bersihkan periuk nasi. Didihkan air dan cabut bahagian wap periuk nasi. Campurkan sekali. Kemudian letak lemon.
2. Lap-lap bahagian penutup di bahagian bawah. Tunggu mendidih lagi. Buang air. Kemudian lap sehingga kering.
3. Jika anda ada soda bikarbonat, boleh guna juga. Masukkan ke dalam air yang direbus dan kemudian lap-lap.
Jika anda menggunakan cara ini, periuk nasi anda akan berbau wangi dengan haruman lemon yang sangat menyegarkan.
Selain itu, kesan-kesan kerak nasi atau apa-apa sahaja bau yang memualkan boleh dihilangkan juga,
Hasilnya, nasi yang dimasak takkan cepat basi akibat wap-wap yang terperangkap di bahagian ‘perangkap’ wap nasi.
Gunakan cara cuci periuk nasi ini supaya anda tidak hadapi masalah nasi yang cepat basi lagi. Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ain Ibrahim
Baca juga: Cara Halau Lalat Paling Berkesan, Tak Sampai 5 Minit Semua ‘Hilang’
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…