cara cuci kerang

Rupa-rupanya ada cara cuci kerang tanpa perlu sental satu persatu. Mesti ada yang tercari-cari petua untuk bersihkan kerang dengan mudah? Maklumlah, kerang ini hidup di kawasan berlumpur. Jadi agak kotor.

Kerang yang masih bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur yang melekat padanya.

Baca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!

Jika tidak dicuci, bimbang pula ia akan mencemarkan makanan anda serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keracunan makanan serta cirit-birit.

Caranya mudah sahaja. Ada pelbagai bahan-bahan semulajadi yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang ni. Ikuti perkongsian dari @NorbayaDahalan ini. 


CARA CUCI KERANG TANPA SENTAL SATU PERSATU

Jom hari ini saya nak kongsikan cara cuci kerang tanpa perlu sental satu-satu. Gunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Ini 7 cara yang anda boleh guna.

1. Serbuk Cili/Cili Kering + Air

cara cuci kerang

Campurkan cili kering dan air sehingga paras kerang. Biarkan dalam 20 minit. Kerang akan terbuka dan muntahkan pasir-pasir yang ada padanya. Saya selalu guna teknik ini untuk bersihkan lala.

2. Hampas kelapa

cara cuci kerang

Ramas dan gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan 30 minit. Kotoran kerang akan melekat pada hampas kelapa. Boleh juga guna cara ini untuk bersihkan siput sedut.

3. Serai

Ketuk serai agak separuh hancur dan masukkan dalam bekas kerang. Gaul dan ramas sedikit bagi mesra serai dan ekrang. Masukkan air sama paras kerang. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas.

4. Air Asam Jawa

Campurkan air asam jawa bersama air basuhan beras atau air biasa. Ramas pada kerang. Biarkan dalam 15 minit kemudian cuci bersih.

5. Kapur Makan

Bancuh sesudu kapur makan dengan air kemudian masukkan pada kerang. Gaul dan ramas seketika. Kemudian, rendam 15 minit dan bilas cuci bersih.

6. Serbuk Kunyit

Masukkan 2-3 sudu besar serbuk kunyit pada bekas jerang. Ramas dan gaul kerang. Biarkan dalam 15-20 minit, Kemudian, basuh bilas bersih-bersih. 

7. Asam Keping

Masukkan beberapa keping asam keping dan sedikit air. Ramas pada kerang. Biarkan 20 minit kemudian cuci bersih.


Dengan langkah-langkah ini, anda boleh membersihkan kerang tanpa perlu menyental satu-persatu dan juga memastikan kerang berada dalam keadaan baik untuk dimasak atau dihidangkan.

Pastikan juga anda sentiasa membuang kerang yang dibuka sebelum memasak, kerana ini boleh menjadi tanda bahawa kerang telah mati dan mungkin tidak selamat untuk dimakan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Lemon8 @NorbayaDahalan

Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN