cara cuci daging

Bila sebut tentang cara cuci daging, ramai sebenarnya masih tertanya-tanya cara paling betul untuk hilangkan bau hanyir tanpa jejaskan rasa asli daging. Ada yang guna tepung, ada yang rendam dengan asam keping, malah ada juga yang sekadar bilas dengan air biasa.

Namun sekarang ramai suri rumah mula beralih kepada satu petua mudah yang dikatakan lebih berkesan — cuci daging guna lemon.

Petua ini mula mendapat perhatian ramai kerana hasilnya bukan sahaja membantu mengurangkan bau hanyir, malah buat daging jadi lebih wangi, segar dan juicy bila dimasak.

Baca juga: Cara Buang Kerak Periuk Paling Mudah Guna Asam Jawa & Soda, Tak Lenguh Tangan Kena Sental!

CARA CUCI DAGING GUNA LEMON

cara cuci daging

Kalau anda nak cuba sendiri di rumah, ini langkah mudah yang dikongsikan.

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging
  • ½ biji lemon
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan daging yang sudah dipotong ke dalam besen.
  2. Isikan air sehingga menutupi keseluruhan daging.
  3. Perah separuh biji lemon ke dalam air.
  4. Gaulkan perlahan supaya jus lemon terkena pada semua bahagian daging.
  5. Rendam selama lebih kurang 30 minit.
  6. Selepas itu, bilas dengan air bersih dan tapis.
  7. Daging siap untuk dimasak.

Kenapa Lemon Sesuai Untuk Cuci Daging?

Lemon mempunyai kandungan asid semula jadi yang membantu mengurangkan bau hanyir pada daging mentah. Dalam masa sama, aroma sitrus daripada lemon memberi bau yang lebih segar dan menyenangkan.

Sebab itu ramai yang mendapati masakan daging menjadi lebih sedap dan beraroma selepas menggunakan teknik ini.

Ada juga yang berkongsi bahawa tekstur daging terasa lebih lembut dan juicy selepas direndam seketika bersama lemon.

Tips Tambahan Bila Cuci Daging

Supaya hasil masakan lebih sedap, ini beberapa tips tambahan yang boleh anda ikut.

1. Jangan Rendam Terlalu Lama

Lemon bersifat berasid. Jika daging direndam terlalu lama, tekstur isi boleh berubah menjadi terlalu lembut.

2. Gunakan Lemon Segar

Lemon segar memberikan aroma yang lebih kuat berbanding jus lemon botol.

3. Bilas Selepas Rendaman

Selepas rendam, pastikan daging dibilas semula dengan air bersih supaya rasa lemon tidak terlalu kuat.

4. Toskan Sebelum Masak

Tapis dan toskan daging terlebih dahulu supaya masakan tidak terlalu berair.

Ramai Tak Sangka Cara Cuci Daging Rupanya Penting

Kadang-kadang rasa masakan bukan hanya bergantung pada rempah atau cara memasak semata-mata. Cara cuci daging juga memainkan peranan penting untuk memastikan isi lebih sedap, tidak hanyir dan kekal juicy.

Dengan hanya menggunakan separuh biji lemon, ramai mengakui hasil masakan jadi lebih wangi dan menyelerakan.

Kalau anda belum pernah cuba, mungkin ini masa sesuai untuk test sendiri di rumah. Mana tahu selepas ini terus jadi cara wajib setiap kali nak masak daging.

Semoga bermanfaat!

Sumber: the.palm.home

Baca juga: Cara Defrost Ayam Cepat Hanya 5–10 Minit, Wanita Ini Kongsi Teknik ‘Shortcut’ Guna Garam & Cuka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN