Categories: Tips & Petua

Cara Cuci Anggur Sampai Berkilat, Sekelip Mata Hilang Segala Putihnya!

cara cuci anggurcara cuci anggur

Nampak saja buah anggur terjual, tiba-tiba teringat anak di rumah yang suka memakannya. Setelah sampai rumah, jangan lupa gunakan cara cuci anggur yang kami kongsikan ini.

Buat pengetahuan anda, anggur adalah buah beri yang tumbuh secara gugusan. Oleh kerana dihasilkan pelbagai jenis, jadi ia mudah dikenali dan popular di seluruh dunia.

Anggur adalah antara jenis buah yang serba boleh kerana ia boleh digunakan untuk hasilkan pelbagai jenis makanan seperti kismis, asam dan banyak lagi.

Buat mereka yang mempunyai anak masih kecil, pasti takkan lepaskan peluang untuk beli anggur kerana ia mudah dimakan pada bila-bila masa saja.

Namun setelah beli buah anggur, semestinya anda akan perasan terdapat salutan putih padanya. Oleh itu, anda perlu gunakan cara cuci anggur ini supaya ia bersih dengan sempurna. Jom kita buat sama-sama!

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

CARA CUCI ANGGUR SAMPAI BERKILAT

1. Mula-mula, cuci buah anggur dengan air seperti biasa dan tapiskan.

cara cuci anggurcara cuci anggur

2. Kemudian, masukkan tepung gandum (ikut suka nak berapa banyak) ke atas buah anggur yang telah dicuci tadi.

3. Selepas itu, gaulkan rata sampai semua buah anggur tersalut dengan tepung gandum.

4. Akhir sekali, bilas sampai bersih sambil gosok buah anggur secara perlahan. Siap!

Buah anggur sangat digemari tanpa mengira usia sekalipun. Bukan setakat boleh dimakan begitu saja, malah anda boleh gunakannya untuk buat kek, minuman, aiskrim, jem dan lain-lain.

Bukan saja rasanya manis, malah buah anggur juga sangat bagus untuk kesihatan kerana ia dipercayai sebagai buah yang membekalkan nutrien dan antioksidan yang baik.

Paling menarik tentang buah anggur, ia merupakan sumber serat, kalium dan mengandungi pelbagai jenis vitamin serta mineral yang baik untuk badan.

Setelah menggunakan cara cuci anggur ini, kami yakin anda akan terkejut dengan hasilnya yang sangat bersih dan berkilat sampaikan nak makan pun tiada rasa ragu-ragu lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: nadya febrita

Baca juga: Cara Hilangkan Karat Pada Gunting Dapur Sepantas 5 Minit, Bersih Macam Baru!

Aimi

Recent Posts

Resipi Asam Pedas Ayam Khairul Aming, Kuah Pekat & Pedas Memang Padu!

Resepi asam pedas ayam menjadi fenomena selepas Khairul Aming berkongsikan cara memasak di laman sosial…

12 mins ago

Onde Onde Gula Melaka Sedap Beraroma, Letak Sehelai Daun ‘Ini’ Semasa Rebus

Pelbagai makanan tradisional yang ada di Malaysia dan semestinya kuih Onde Onde Gula Melaka menjadi…

29 mins ago

Resipi Cucur Udang Versi Mak-Mak, Tanpa Air Kapur Pun Tetap Rangup!

Cucur udang resepi mak-mak ini pasti disukai ramai kerana setiap gigitan terasa nostalgianya. Sama macam…

58 mins ago

Peniaga Air Balang Kongsi Cara Guna Ais Di Bazar, Orang Pun Tertarik Nak Beli!

Apabila tibanya bulan Ramadan, kita dapat lihat betapa ramainya peniaga air balang di bazar Ramadan.…

2 hours ago

Pelanggan Terkilan Beli Ayam Percik Dapat Tulang & Sisa, Isi Habis Kena Kikis!

Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selepas mendapati ayam percik yang…

3 hours ago

Cara Buat Roti Rangup Inti Berlauk, Sampai Malam Pun Sedapnya Tak Hilang

Terdapat banyak menu ringkas dan mudah yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah resepi roti…

19 hours ago