PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-17 06:11:05

Seperti yang kita tahu selalunya kerang akan dimasak dengan sambal atau dimakan rebus dan dicicah sos. Tetapi pada hari ini kami ingin sajikan kepada anda resepi yang istimewa iaitu resepi rendang kerang pedas yang cukup menggiurkan. Boleh dibuat makan dengan nasi lemak atau pun dicicah pulut dan ketupat.

 

Resepi ini dikongsikan oleh Aezach Ar di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook. Memang berbaloi untuk anda cuba resepi  rendang  kerang ni. Cara masak nya yang mengikut versi kampung dan pekat serta sedikit kering melekat pada isi kerang memang cukup sedap untuk mengenyangkan dan memuaskan perut sesiapa saja.

 

Kredit: Aezach Ar 

 

Bahan-bahan:

  • 3kg kerang (gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas dan tutup 10 minit dan ambil isi)
  • Santan 1 biji kelapa
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit (hiris halus)
  • 1/2 cawan minyak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

 

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah ros
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai – tambah bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampung
  • 10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus

 

 

Kredit: Aezach Ar 

 

 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak.

2. Masukkan santan, biarkan merenih dengan api perlahan.

3. Masukkan kerisik dan asam keping  dan reneh sampai pekat.

4. Masukkan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan kemudian perasakan garam dan gula.

5. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam.

 

 

Kredit: Aezach Ar 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Aezach Ar 

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN