Cara buat vadai yang unik ini sebenarnya sangat mudah. Resipi ini sesuai untuk anda yang mahu mencuba snek tradisional di rumah. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan tidak memerlukan teknik yang rumit.
Selain itu, gabungan bawang, halia, cili api, daun kari, dan jintan manis menghasilkan aroma yang harum. Rasa vadai juga lebih sedap dan beraroma dengan tambahan bahan-bahan ini.
Hasilnya, bahagian luar vadai menjadi garing dan bahagian dalamnya pula lembut serta sedikit bertekstur. Lebih menarik, vadai ini sedap dinikmati bersama sos pilihan. Ia juga sesuai dijadikan kudapan untuk sarapan ataupun minum petang bersama keluarga.
Baca juga: Resipi Masala Vadai Harum Semerbak, Sampai Jiran Sebelah Mengintai Bau Sedap!
CARA BUAT VADAI, SEDAP DAN MENARIK!

Bahan-bahan:
- Kacang ulunthu
- 1 biji bawang besar
- Halia secukupnya
- Cili api secukupnya
- Hirisan daun kari
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar tepung beras
Cara-cara penyediaan:
- Cuci bersih kacang ulunthu dan rendam selama 4 jam.
- Kisar kacang bersama sedikit air secara berperingkat sehingga mendapat tekstur yang pekat dan tidak terlalu halus.
- Masukkan bawang besar, halia, cili api, daun kari, jintan manis, baking soda, garam dan tepung beras. Gaul hingga sebati.
- Basahkan tangan dengan sedikit air sebelum mengambil dan membentuk adunan supaya tidak mudah melekat.
- Goreng vadai dalam minyak panas sehingga garing dan keperangan.
- Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: eydazmn
Baca juga: Resepi Kuih Vadai Rangup, Petua Kisar & Tapis Kacang Dal Buat Kuih Jadi Lagi Gebu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

