teh pakistan

Teh Pakistan Mashyur ini memang wajib dicuba sebab rasa dia tak sama dengan teh tarik biasa. Cara membuat teh ini juga berbeza kerana ada teknik penyediaannya yang tersendiri.

Resipi Teh Pakistan dikongsi oleh Cikgu Afy AL Habibi. Menurutnya, resipi ini diperoleh dari tauke karpet Pakistan.

Boleh cuba buat untuk minum petang nanti. Rasa dia memang padu. Selamat mencuba!

Cara Buat Teh Pakistan ‘Original’ Dari Pakistan

teh pakistan

Bahan-bahan:

  • 7 uncang teh wangi ros (koyakkan setiap uncang) – kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je
  • Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
  • 50 ml susu segar (tiada dalam gambar) – nak sedap guna susu full cream goodday
  • Susu 1/5 tin (tambah @ kurangkan ikut kuantiti air)
  • Secubit dua garam (untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa)

teh pakistan

Cara-cara:

1. Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang. Kacau sesekali.

2. Tutup api selepas teh betul-betul mendidih. Cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.

teh pakistan

3. Tapis dengan penapis teh kain.

4. Rahsia penting seterusnya. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.

5. Siap! Teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya tanpa dicampur gula secara langsung. Selamat mencuba!

teh pakistan

Kredit: Cikgu Afy AL Habibi

Baca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN