Categories: Resipi

Resipi Tauhu Goreng Suun, Menu Simple & Sedap Ini Confirm Nak ‘Repeat’ Hari-Hari!

Sedang tercari idea menu ringkas tapi sedap? Jom kami kongsikan cara buat tauhu goreng suun yang mudah dan gerenti membuka selera! Hidangan ini memang sesuai untuk dinikmati bersama nasi panas atau dijadikan lauk sampingan ketika makan malam.

Kombinasi tauhu goreng yang rangup bersama suhun yang lembut, digaul pula dengan sambal yang pedas manis, memang buat siapa saja makan bertambah. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan cara penyediaannya tak ambil masa lama pun.

Kalau anda bosan dengan menu yang sama setiap hari, cubalah resipi tauhu goreng suun ini. Bukan saja sedap, malah senang sangat nak buat di rumah!

Baca juga: Resipi Tauhu Crispy Goreng Pedas Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Buat Teringat-ingat!

CARA BUAT TAUHU GORENG SUHUN

Bahan-bahan:

  • Tauhu 4 biji (potong dadu, goreng dan ketepikan)
  • Suhun 1 bungkus (anggaran RM0.50)
  • Cili merah 2 biji
  • Cili padi 5 biji
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 ketul pati ayam
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit daun bawang dan cili merah untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan ini iaitu cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, kicap manis, garam, gula dan pati ayam.
  4. Masak hingga kuah sedikit kering.
  5. Masukkan suhun dan tauhu yang telah digoreng, kacau rata dan masak lebih kurang 5 minit.
  6. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Siti Fatimah

Baca juga: Kak Yatie Ajar Cara Buat Tauhu Cireng Crispy, Dijamin Makan Licin Sekelip Mata!

Wan N

Recent Posts

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

2 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

3 hours ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

4 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago