Siapa suka makan tapai? Ramai yang suka makan, tapi tak ramai yang tahu cara buat tapai pulut homemade.
Kalau ada yang nak belajar, jom ikuti resepi tapai pulut yang dikongsikan oleh Rozie Mnor di bawah.
Rupanya ada petua supaya tapai supaya betul-betul menjadi dan elok kejadiannya.
Baca juga: Pulut Kuning Tanpa Santan Lagi Tahan Lama, Ini Cara Membuatnya!
1. Kukus pulut sehingga betul-betul masak.
2. Kalau pulut keras lagi, renjis-renjiskan air dan balik-balikkan pulut. Kukus lagi sehingga masak.
3. Bila pulut dah masak, sejukkan pulut dalam dulang dan ratakan.
4. Tumbuk sebiji ragi dan satu sudu gula (ini petua buat tapai manis dan tidak masam).
5. Tabur ragi atas pulut yang disejuk tadi dengan penapis teh.
6. Kacau-kacau pulut supaya ragi mesra dalam pulut.
7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan dalam bekas kecil-kecil.
8. Simpan tapai yang dah siap dibungkus dalam tempat gelap contohnya kabinet dapur.
9. Buka selepas 2 hari, tapai dah masak dan boleh dimakan.
10. Kalau ragi cepat bertindak, tak sampai 2 hari tapai dah masak.
Kredit resipi dan gambar: Rozie Mnor
Baca juga: Menu Hari Raya ‘Popular’ Di Pagi Aidilfitri, Setiap Negeri Berbeza Juadah!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…