Peminat makanan Jepun cukup teruja apabila dapat tahu ada cara buat takoyaki tanpa acuan yang mudah dan boleh dibuat di rumah saja.
Cara buat takoyaki sebenarnya cukup mudah dengan menyediakan bebola takoyaki, mayonis jepun, sos takoyaki, aonori dan fish flakes atau bonito flakes.
Tahrunnisah Jali telah tunjukkan cara buat takoyaki tanpa acuan yang sangat mudah di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Japanese Fluffy Pancake, Pakai Kuali ‘Non-Stick’ Jadi Lebih Gebu!
Bahan bebola takoyaki:
Cara-cara membuat bebola takoyaki:
1. Gaul tepung gandum, telur, pati ayam, sedikit garam sehingga sebati dahulu.
2. Tuang air panas mendidih ke dalam adunan. Gunakan senduk kayu dan kacau sebati.
3. Setelah agak suam, campurkan sayur kobis dan daun bawang ke dalam adunan. Uli guna tangan. Nak letak terus inti udang, octopus, ayam, atau crab stik pun boleh.
*Nak leperkan dulu adunan tepung, kemudian letak inti tengah dan bulatkan kembali pun boleh. Cara saya, letak semua dalam adunan, basahkan sikit jari jemari dan bulat-bulatkan.
4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali dan bulat-bulatkan adunan tepung. Masukkan dalam minyak yang panas, goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap!
*Terdapat dua resipi untuk buat sos takoyaki, boleh pilih mana yang anda suka.
Resipi sos takoyaki pertama:
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Campurkan sos wostershire, gula dan kicap dan masak sehingga mendidih.
2. Tuang adunan tepung jagung, kacau sehingga sedikit pekat dan tutup api.
Resipi sos takoyaki kedua:
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih.
2. Apabila mendidih, baru tuang adunan tepung jagung. Setelah agak pekat, baru tutup api.
*Sos takoyaki perlu ditapis dan sedia diletak dalam botol untuk drizzle nanti.
Langkah terakhir dalam cara buat takoyaki ini, anda hiaskan saja bebola takoyaki dengan sos takoyaki dan mayonis, kemudian tabur fish flakes dan aonori.
Selamat mencuba!
Sumber: Tahrunnisah Jali
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Gulung, Siap Gambar Langkah Demi Langkah!
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…