Selalunya kita dengar tentang daging goreng belengas saja, tapi kali ini kami dah jumpa resipi Ayam Goreng Kicap Belengas yang mudah dibuat di rumah.
Daging goreng belengas merupakan lauk yang sangat popular di negeri Kelantan dengan kesedapan salutan kicap dan sos yang tak disangkal lagi.
Terdapat sesetengah orang yang tak boleh makan daging, namun jangan risau kerana anda masih boleh membuat lauk yang sedap ini dengan menggunakan ayam.
Resipi Ayam Goreng Kicap Belengas yang dikongsikan oleh snfkitchen_90 melalui video di Instagram membuatkan ramai tertarik untuk membuatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Masak Kicap Jawa, Selera Terangkat Sampai Ke Langit Dengan Lauk Ini
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong ayam kecil-kecil, kemudian gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Selepas itu, goreng ayam sehingga masak. Minyak tak perlu banyak semasa menggoreng.
3. Seterusnya, masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kemudian, gaul sehingga sebati.
4. Masukkan bawang merah, solok lada, cili besar dan lobak merah yang telah dihiris, kemudian gaul sehingga masak. Siap untuk dihidang!
Anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya memasak Ayam Goreng Kicap Belengas yang sungguh sedap dan kami jamin anda sekeluarga akan makan sampai licin pinggan.
Manalah tahu anda sudah jemu dengan ayam masak kicap yang biasa sebelum ini, boleh cuba kelainan dengan resipi Ayam Goreng Kicap Belengas pula.
Sesetengah orang lebih suka untuk menggorengnya terlebih dahulu sehingga setengah masak dan ketepikan, jadi terpulang kepada cara anda untuk memasaknya.
Resipi mudah dan ringkas ini bukan saja menjimatkan masa, malah ia bakal menjadi hidangan lauk yang sempurna untuk anda nikmati bersama keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: snfkitchen_90
Baca juga: Resepi Ayam Sambal Bali, Buat Lauk Ini ‘Confirm’ Suami Dah Tak Makan Luar
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…